Tak Pernah Tak Sedap! Lauk Singgang Daging Memang Memanggey!

Share
Menu nampak simple tapi sedap lain macam, sesuai sangat kalau yang dah jemu dengan masakan bersantan dan bergulai. Lauk singgang selalunya sedap dimakan bersama dengan ulam-ulama, budu dan sambal belacan, itu sahaja sudah memadai… Kalau banyak sangat lauk lain takut pening pulak nak makan yang mana satu kan.. Jom masak lauk ni untuk makan malam nanti. Senang sangat!

Resipi Singgang Daging Tak Pernah Tak Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • Daging (taknak daging boleh tukar pada ikan)
  • Halia *
  • Lengkuas *
  • Bawang putih *
  • Ketumbar *
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Cili kering
  • Bawang holland
  • Tomato

CARA-CARA:

  1. Rebus daging sampai empuk (guna daging tetel pon sedap), lepastu bahan * masukkan halia, lengkuas, bawang putih dan ketumbar (semua bahan2 ni diketuk tapi jgn hancur sangat)
  2. Masukkan 4 batang serai yg dihiris, asam keping, sedikit Nissang(gula melaka), cili kering 3 btg yg dipotong, masukkan bawang holland dan tomato yg dihiris.
  3. Masukkan garam, perasa tambahan (juka perlu), gula dan cili padi. Siap!
Kongsi Resipi: Tia Rizz
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:
IKLAN