Tak Perlu Guna Pes, Resipi Tomyam Putih Asli Thai Ni Memang Sedap

Share

Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Putih asli Thai yang sangat sedap ni. Memang dijamin berselera makan. Hirup kuah panas-panas, waduh… terasa nikmatnya. Saudari Eqienura Mokhtar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK TOMYAM PUTIH ASLI THAI

BAHAN TUMBUK:

  • 10-15 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji tomato ceri (tomato besar lebih baik)

BAHAN TITIK:

  • 2-3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 cm halia
  • 5 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putihbeli online disini

BAHAN LAIN:

  • Udang
  • Sotong
  • ½ biji bawang holland beli online disini
  • Cendawan tiram
  • Bunga kubis
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar (optional)
  • Air perahan limau nipis (2 biji)
  • Sos ikan beli online disini
  • Garam
  • Gula (optional)
  • 1 senduk santan atau susu cair beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.

2. Bila sudah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Masak guna api perlahan.

3.Bawang holland dipotong baji atau boleh potong ikut selera masing-masing.

4. Biarkan sekejap kemudian masukkan sayur. Penting tomato ni dalam tomyam sebab ia tambah rasa masam. Paling elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.

5. Masukkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang.

6. Perasakan dengan semua bahan perasa dengan secukupnya. Untuk sos ikan, sukatannya jika masak setengah periuk, letak satu senduk. Kemudian ubah suai rasa dengan garam secukup rasa.

7. Masukkan udang.

8. Seterusnya masukkan sotong. Sotong perlu dicelur air panas seketika.

9. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. kalau tak masin tambah lagi. Padamkan api.

10. Akhir sekali perah jus limau nipis. Tutup periuk.

11. Tomyam Putih sedia untuk dinikmati. Tabur daun ketumbar semasa menghidang.

INFO:

  • Jika buat Tomyam Poktek, tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
  • Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang.
  • Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya.
  • Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi sedap.

Kredit resipi & foto: Eqienura Mokhtar

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN