Tak Payah Beli Dah! Masak Sendiri Ayam Percik Simple

Share

  


Resepi masak ayam percik yang mudah dan sedap. Hanya perlu bahan-bahan asas untuk hasil yang sangat menyelerakan.

AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:

  • Seekor Ayam

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 3 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu garam

 

CARA MEMASAK:

1. Ratakan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ayam, kemudian panggang.

 

BAHAN KUAH PERCIK:

  • 1 liter Santan
  • 8-10 Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 2 sudu serbuk Kunyit
  • 2 inci halia
  • 6 tangkai Cili Kering atau 3 sudu Cili Giling
  • 2 batang Serai
  • 1 sudu kecil Asam Jawa
  • Garam dan Gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.

2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk.

3. Selepas itu masukkan bersama santan dan serbuk kunyit.

4. Kemudian masukkan asam jawa dan serai yang di ketuk. Kacau perlahan- lahan hingga kuah agak pekat.

 

5. Curah kuah percik ke atas ayam semasa di panggang.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Zaky Mat Ali

IKLAN