Wanita ayu ini memang luar biasa. Sentiasa melangkah maju, melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran.

Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap

Dulunya dia  tiada pengalaman dalam bidang kulinari atau F & B, namun minatnya dalam perniagaaan menyebabkan dia kini cukup ‘masak’ dalam selok belok bisnes kini. Bukan sekadar mengusaha restoran , Tahirah Kamaruddin juga turut melengkapi dirinya dengan ilmu memasak. Kepakarannya pastilah sajian Thai yang menjadi sajian utama di restoran ini.

Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap

Nak tahu latar ‘tokeh’ restoran ni, Tahirah adalah  bekas graduan Leed University berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) ‘Architecture Technology ‘ ini dahulunya seorang arkitek di England. Dia sempat menggunakan ilmu yang diraihnya dengan bekerja sebagai Arkitek (Architect Technician) selama tiga tahun di sana.

Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap

IKLAN

Namun apabila berlaku kemelesetan ekonomi di England pada tahun 2008-2009, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air. Lalu, mengusahakan Restoran Jemari yang diasaskan oleh bapanya Dr Kamaruddin Ahmad dan ibunya Wan Zaharah Takiman. Tahirah kemudiannya menggalas tanggungjawab mengusahakan cawangan terbaru Restoran Jemari di Shah Alam pada 2011.

Sejak itu wanita cantik ini tidak menoleh ke belakang lagi. Jiwanya memang jiwa berniaga, seperti kata ungkapan Inggeris “It flows in the blood”.

Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap
Solekan sendiri sebelum menghadiri majlis

Lebih ‘mengagumkan’ dia juga memiliki ilmu solekan yang dipelajarinya dari juru mekap handalan popular Erin Leola dan Shazreeyana Shukri.Dalam berniaga Tahirah tetap mengambil tempahan solekan untuk majlis perkahwinan dan acara. Pengalaman manisnya apabila pernah menyolek artis Sherry Ibrahim, Nora Danish, Nabila Razali untuk penggambaran media dan klip video.

IKLAN
Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap
Penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali pernah mendapat sentuhan Tahirah

Dia juga hebat memasak tom yam dan kerabu kangkung yang menjadi sebutan pelanggan Restoran Jemari. Nah ,di sini Tahirah berkongsi salah satu resipi untuk ‘follower’ RASA, sajian bercili Ayam Phad Khrao Pao. Hebatkan wanita ini,jom cuba resipi yang disumbangkannya.

Phad Kra Phao Gai (Ayam Phad Kra Phao)

Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 200 gm isi ayam | dicincang
  • 3 ulas bawang putih  | dicincang
  • 20-30 gm daun selasih
  • 7 biji cili padi merah |ditumbuk halus
  • 3 sudu makan minyak masak |untuk menumis
  • 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 4 sudu teh gula
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9

TIP DARI TAHIRAH : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI