Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan dan mata pencarian.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersamahari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.
Initiatif ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd, Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Sime Darby Oilsdan Kumpulan Syarikat Etikabersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000, pagi ini. FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
IKLAN
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd, Farhan Hafetz berkata bahawa initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.
“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Ahmad Syukry Ibrahimmengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.
IKLAN
Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah pula berkata,
“Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai initiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang”
Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif; Khalid Alvi berkata inisiatif ini meluaskan lagi peluang kepada syarikat untuk membantu lebih ramai rakyat yang terjejas.
IKLAN
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.
“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Situasi pandemik yang berpanjangan ini tentu sekali membuatkan rakyat berada dalam keadaan yang sangat sukar. Oleh itu menerusi inisiatif #Kitabersama, sumbangan yang diterima tentunya sedikit sebanyak membantu melegakan beban rakyat.
Hulurkan tangan, bantulah insan-insan yang memerlukan. Bagi meluaskan lagi bantuan, gabungan ini juga menjemput serta membuka peluang kepada semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi farhan@babas.com.my.
Meriah dan menyeronokkan! Itulah yang boleh digambarkan tatkala melangkah kaki ke Food & Hotel Malaysia (FHM) 2019 dibuka secara rasminya pada hari ini.
Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre itu telah dirasmikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UBM MES dan Encik Kamaruddin Baharin, Presiden Persatuan Hotel Malaysia.
FHM 2019 adalah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan, minuman, hotel, roti, restoran, katering dan peralatan. Disini anda boleh melihat produk-produk yang dipasarkan untuk kegunaan industri dan perniagaan. Bukan hanya produk dari Malaysia malah anda boleh melihat produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh para pempamer dari luar negara.
Kira-kira 1,500 jenama dan syarikat dari 50 buah negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Turki, Belgium, Taiwan, Korea Selatan,Tunisia, China dan banyak lagi yang mengambil bahagian dalam pameran ini.
Selain dihias indah, di setiap booth di ruang pameran juga ada melakukan aktiviti mereka yang tersendiri. Malah barisan chef-chef hebat dari dalam dan luar negara juga melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan anda juga boleh mencuba makanan secara percuma!
Anda boleh mencuba pelbagai sample makanan enak seperti sushi, makanan laut, aneka makanan proses, cendol, kopi, manisan, snek dan bermacam-macam lagi. Oh tidak lupa, di booth makanan Jepun juga ada diadakan demo memotong ikan tuna. Memang menarik.
Pameran yang berlangsung selama empat hari ini dijangka menarik 28,000 pengunjung dari kalangan pengusaha hotel, peruncit, pelabur, perunding dan pembeli. Orang ramai juga dijemput menghadiri FHM 2019 ini kerana terdapat pelbagai acara menarik yang telah disusun sepanjang pameran ini. Terdapat sembilan dewan yang anda boleh lawati dan bagi pengunjung muslim, ruang solat juga disediakan bagi kemudahan anda.
Jadi datanglah beramai-ramai ke FHM 2019 di Kuala Lupur Convention Centre sehingga 27 September ini.
Sedau bau aroma roti bawang putih yang rangup ni, nak pula bila disediakan fresh dari oven ketagih dibuatnya.. Sedap dimakan begitu sahaja atau di cicah dengan sup cendawan memang layan ketika bersahur nanti. Sesuai sangat dijadikan stok sebulan untuk sahur! Pasti cepat habis..
RESIPI GARLIC BREAD KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
*marjerin pelangi @ butter
*3 labu bwg putih (tumbuk halus)
*secubit garam (tak nak letak pun takpa)
*kacau sebati
Daun parsley
Roti
CARA MEMASAK:
Masukkan daun parsley kering..
(nk guna mix herbs pon blh)
2. Kacau sebati
4. Sapu pd roti.. Pastu potong 3
5. Susun dalam tray
6. Semburkan dengan sedikit air, taknak bagi roti tu kering sangat.
7. Bakar selama 20min suhu 170c..
17 min api atas bawah… 3 min terakhir guna api atas je..
Terdapat banyak jenis tepung yang dijual di pasaran. Malah ada diantaranya yang anda sendiri pun tidak pernah jumpa dan guna. Kalau nak tahu, semua tepung-tepung ini mempunyai fungsi serta kegunaanya yang tersendiri. Ada yang sesuai untuk masakan, kuih muih, kek , roti dan sebagainya. Antara yang ada dijual ialah:
JENIS-JENIS TEPUNG DI PASARAN
1. TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serbaguna ialah tepung yang sesuai untuk semua jenis masakan.
2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap gluten yang tinggi.
3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih pau & roti kukus.
foto: Getty Images
4. TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial dan selalu digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna.
5. TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri ialah tepung yang mengandungi kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Sesuai digunakan untuk membuat kek.
6. TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Tepung Superfine juga dikenali dengan nama soft flour. Tekstur tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tidak mengandungi bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ini dikategori dalam tepung low protien.
7. TEPUNG ROSE
Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.
8. TEPUNG HONG KONG
foto: Cooking With May Lynn/ Youtube
Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih.
9. TEPUNG PULUT
Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.
10. TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat.
11. TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding.
12. TEPUNG UBI
Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih.
13. TEPUNG JAGUNG
foto: thegraciouswife.com
Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup.
Ada banyak lagi tepung-tepung yang ada dijual di pasaran seperti Tepung Kentang, Tepung Optima dan beberapa lagi yang kita sendiri belum pernah cuba guna. Oleh itu, sebelum membeli, kenal pasti jenis serta kegunaan agar masakan anda menjadi dan tidak tersilap bahan.