Rancangan reality masakan luar negara, The Great British Bake Off menobatkan Syabira Yusoff sebagai juara rancangan tersebut bagi musim ke-13!
Apa yang lebih manis, Syabira merupakan anak kelahiran Malaysia dan juga peserta wanita pertama menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.
Menggunakan kreativiti menghasilkan kek berbentuk orang utan, Syabira, 32 tahun, untuk menambat hati juri dan seterusnya menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.
Ads
Dalam pusingan akhir rancangan tersebut, peserta dikehendaki menyediakan kek mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian.
Digambarkan sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan bersifat mampan.
Ads
Juri rancangan, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan Syabira merupakan seorang pembuat kek yang sangat hebat.
Syabira bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang penyelidik kardiovaskular di King’s College London.
Ads
Syabira mula belajar membuat kek dan pastry secara serius sejak tahun 2020, iaitu ketika mula-mula pandemic melanda dunia.
The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Malaysia #QuranHour tahun ke-7, diteruskan lagi dengan tema ‘Formula Menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang’ yang berlangsung pada 30 Ogos.
Berlangsung selama sejam dari studio TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi, Malaysia #QuranHour berjaya mengumpulkan 3,548 lokasi berdaftar di dalam negara dan 18 lokasi di luar negara.
Setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sebagai penganjur utama akan memilih satu surah utama bagi misi #QuranHour.
Pada tahun ini, Surah Al-Mulk yang bermakna Kerajaan menjadi surah utama yang diangkat bagi membawa misi Malaysia Berbudi dan Penyayang.
Al-Quran Mukjizat Luar Biasa
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dengan al-Quran kali ini, kita terus meneroka formula daripada Surah Al- Mulk melalui tadabbur al-Quran dengan al-Quran, iaitu memahami panduan lanjut daripada tujuh Surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk negara ini.
Surah Al-Musabbihat adalah surah yang dimulakan dengan tasbih, iaitu puji syukur kepada ALLAH. Surah terakhir dalam tujuh surah ini, Surah Al-A’la membawa makna Yang Paling Tinggi. Pada ayat 14 dan 15 dalam surah yang sama, ia membawa Solusi daripada Ilahi agar kita zikir dan solat.
“Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
“Berita kematian saban hari semakin dekat dengan kita, ia membuatkan kita berasa amat dekat dengan perintah ingat mati daripada Surah Al-Mulk. Ia mendorong kita agar berusaha untuk melakukan kebaikan berterusan (Ahsanul Amala) dan menjadi motivasi untuk mencipta kejayaan.
“Namun sejak dua tahun ini, fokusnya adalah setiap rumah dan organisasi dapat mengikuti melalui tayangan di TV Al-Hijrah, Astro Oasis, Bernama TV, RTM serta digital di FB Sinar, Bernama Radio, Radio IKIM, WorldQuranHour dan Denaihati Network serta ramai juga yang melakukan secara atas talian Google Meet, YouTube, Zoom dan Facebook,” katanya.
Penaung bagi Malaysia #QuranHour 1443H/2021 adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi, iaitu Islamic Tourim Centre (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia Tourism Council, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu.
Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Orang ramai juga berpeluang turut serta secara langsung Malaysia #QuranHour secara atas talian di platform Zoom. Mereka juga boleh saksikan juga di semua platform digital rakan media sinergi.
Sebanyak 3,548 lokasi berdaftar di dalam negara. Ini termasuk organisasi, Sahabah Al-Quran, Rumah Ngaji, sekolah dan individu.
Antara agensi yang mendaftar ialah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MAPAM) di semua perpustakaan negeri dan daerah di seluruh negara, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Penjara Malaysia (25 penjara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah seluruh negara, Bahagian Kanak-kanak di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) termasuk 37 Institusi Kanak-kanak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, LPPKN dan Institut Sosial Malaysia.
Manakala sebanyak 18 lokasi berdaftar di luar negara dengan Kerjasama Kementerian Luar Negara, Kedutaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar Negara.
Negara yang turut serta termasuk Australia, Republik Czech, Brunei, Mesir, Jepun, Singapura, Ireland, Netherlands, Arab Saudi, Korea, Thailand, Oman, Indonesia, China, dan Taiwan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Rasa wafer coklatnya memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada citarasa generasi Z yang gemarkan pengalaman makanan yang unik, Nestlé’ KitKat® telah melancarkan KitKat® Salted Caramel Cookies edisi terhad yang serba baharu.
Dengan adunan cita rasa dan tekstur berkelainan, pengguna boleh menikmati pengalaman coklat baharu yang merangsang deria. Pelancaran produk terbaharu KitKat® di Malaysia tahun ini amat dinanti-nantikan, menawarkan kombinasi lazat wafer rangup tersendiri yang disaluti dengan coklat susu dan cebisan biskut karamel masin yang rangup untuk menambat selera.
Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, “Inspirasi daripada cerapan pasaran dan trend terkini, terutamanya di kalangan Generasi Z menjadi asas dalam rekaan produk KitKat® yang terbaharu kami. Pastinya Generasi Z adalah golongan yang senantiasa menyatakan aspirasi mereka untuk menikmati pengalaman makanan yang unik. Dengan itu, KitKat® telah mencipta semula jejari coklat kami dengan wafer rangup yang disaluti kombinasi biskut dengan karamel masin yang tersendiri. Edisi terhad KitKat® Salted Caramel Cookies baharu ini pastinya serba sensasi!”
Dua pakar pastri dan manisan daripada JUNANDUS telah memperlihatkan kelebihan dan keserbagunaan KitKat® Salted Caramel Cookies menerusi bengkel meghias manisan di majlis pelancaran yang diadakan di IOI City Mall di Putrajaya. Jun Chong daripada JUNANDUS berkata, “Sememangnya semua orang boleh menikmati KitKat® begitu
sahaja atau mencipta resipi kreatif daripadanya; dan inilah cara terbaik untuk berehat sebentar sambil bersantai menikmati sajian coklat yang sungguh lazat!”
“Selari dengan aspirasi KitKat® iaitu “Have a Break, Have a KitKat® (Berehat sebentar, Bersama KitKat®), kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berehat sebentar daripada kesibukan masing-masing. Cara terbaik adalah dengan menikmati KitKat® Salted Caramel Cookies serba baharu – teman paling sesuai untuk memanjakan diri anda. Keranggupan daripada cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat pasti menambat selera semua penggemar coklat,” kata Carlota.
Sempena pelancaran KitKat® Salted Caramel Cookies, pameran pengguna selama 5 hari diadakan di IOI City Mall di Putrajaya dari 9 hingga 13 Ogos 2023. KitKat® Salted Caramel Cookies boleh didapati dalam dua jenis pek iaitu pek tunggal 4 Jejari dan 2 Jejari 5 Multipack.
Asam Rebus Daging yang masam pedas menyengat dengan aroma daun kesum memang padu dimakan bersama nasi panas. Resepi kampung simple tetapi cukup membuka selera.