
Kalau sebut tentang makanan berkuah yang simple tapi mengenyangkan, mesti ramai akan teringat sup tepung kampung. Hidangan tradisional ini memang cukup dekat dengan masyarakat Melayu, terutamanya orang kampung. Walaupun bahan digunakan sangat ringkas dan murah, rasanya memang luar biasa sedap. Lebih-lebih lagi kalau dimakan panas-panas ketika hujan atau waktu malam. Memang nikmat!
Sup tepung kampung ni antara menu yang cukup terkenal kerana tekstur tepungnya yang lembut dan kenyal, digabung pula dengan kuah berasaskan ikan bilis yang penuh rasa. Tak perlu lauk banyak pun, semangkuk sup panas dah cukup buat perut kenyang dan hati puas.
Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan asas yang biasanya memang sudah ada di dapur. Jadi kalau hujung bulan atau malas nak keluar beli barang dapur banyak-banyak, menu ni memang penyelamat. Lagi sedap kalau guna sawi kampung sebab rasa sayurnya lebih manis dan rangup.
Bagi yang belum pernah cuba buat sendiri di rumah, jangan risau. Cara penyediaannya sangat mudah dan sesuai untuk beginner. Yang penting kena pandai uli tepung sampai teksturnya lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan bawang merah nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan hiris bersama ikan bilis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan kira-kira 1 liter air ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih supaya rasa tumisan lebih sebati.
4. Sementara menunggu kuah mendidih, ambil sedikit doh tepung kemudian cubit kecil dan tarik menggunakan kedua-dua belah tangan hingga menjadi kepingan nipis.
5. Terus masukkan kepingan tepung ke dalam periuk. Ulang proses hingga doh habis. Biarkan kuah menggelegak seketika supaya tepung betul-betul masak dan tidak berasa mentah.
6. Hiris sawi, cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama garam secukup rasa. Walaupun tanpa penggunaan perasa tambahan, rasa kuah tetap padu dan menyelerakan.
7. Masak hingga sawi lembut dan kuah sedikit sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Sup tepung kampung sebenarnya antara hidangan yang sangat fleksibel. Kalau nak lebih sedap dan meriah, boleh tambah udang, ayam, fishball atau telur. Ada juga yang suka letak cili padi untuk rasa lebih pedas dan berangin.
Namun begitu, versi paling asli dan klasik tetap menjadi pilihan ramai kerana rasanya lebih “kampung” dan nostalgik. Kadang-kadang makanan paling sedap bukanlah yang mahal atau mewah, tetapi yang mampu mengingatkan kita pada suasana di rumah, air tangan ibu dan momen makan bersama keluarga.
Satu lagi kelebihan menu ini ialah ia sangat mengenyangkan. Tepung yang ditarik nipis-nipis memberikan tekstur seakan pasta tradisional Melayu, lembut tetapi kenyal bila dimakan. Kuah pula cukup ringan dan comforting, memang sesuai dinikmati tak kira waktu.
Kalau anda sedang mencari menu bajet, mudah dan sedap untuk dicuba hari ini, bolehlah masukkan sup tepung kampung dalam senarai. Sekali cuba, confirm nak repeat lagi!
Kredit resipi & foto: Joriah Jue
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: