Sup Lamb Shank Stail Kampung, Sedap Tak Terkata

Share

Sup lamb shank atau paha kambing stail kampung ini memang sedap tak terkata. Bagi peminat kambing, boleh try masak ini pula.

Bila masak sendiri, lagi jimat. Kalau makan di restoran, bayangkan berapa RM yang perlu dibayar kan?

Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Zat Hernani. Jangan lupa cuba tau.

Sup Lamb Shank Stail Kampung

Bahan-bahan:

5 kg lamb shank/paha kambing

10 sudu besar rempah sup campur jenama Baba’s
5 keping asam gelugur – boleh beli online di sini

2 biji tomato – hiris
1 batang lobak merah – hiris kasar
2 – 3 biji ubi kentang – hiris

Sedikit cili padi
Minyak bawang putih

Air

Garam secukpnya

Gula secukupnya – boleh beli online di sini

Bahan Rempah Tumis:

4 batang kulit kayu manis 
15 biji buah pelaga – boleh beli online di sini
5 kuntum bunga lawang
2 sudu besar lada hitam

Bahan-bahan Dihiris/Mayang:

10 biji bawang merah kecil – boleh beli online di sini


1 labu bawang besar holland
10 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
4 inci halia – lagi banyak lagi sedap

Bahan Untuk Tabur Atas Sup:
Daun sup

Daun bawang
Cili api kampung – boleh beli online di sini
Limau nipis

Cara Memasak:

Terlebih dahulu, lamb shank yang telah dicuci bersih, direbus dahulu. Masukkan halia untuk hilangkan baunya. Air rebusan jangan dibuang.

Dalam periuk lain, panaskan minyak bawang putih. Telah cukup panas, masukkan rempah tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan pula bahan hiris tadi. Tumis sampai terbit wangi dan warna bertukar coklat keperangan tua (agak garing).

Setelah itu bolehlah masukkan serbuk sup dan gaul sebati. Masukkan lamb shank dan air rebusannya tadi. Gaul sekata.

Kemudian masukkan pula hirisan kentang dan asam gelugur. Kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan menggelegak.

Setelah menggelegak, barulah masukkan lobak merah, cili padi dan tomato. Kacau lagi. Biarkan ia mereneh.

Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN