Sup Kosong Ala Gerai, Tetap Sedap Walau Tiada Isi. Nak Buat Sendiri, Ini Resipinya

Share

Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya ‘kosong’, rasa sup ini tetap padu hingga buat kita tak jemu menghirupnya.

Tak perlu tunggu makan di luar, sup kosong ala gerai ni sebenarnya sangat mudah dibuat di rumah. Hanya guna bahan asas dapur, dah boleh dapat kuah sup yang sedap, jernih dan beraroma macam di restoran.

Cara Buat Sup Kosong Ala Gerai

Bahan-bahan

1 inci halia
2 ulas bawang putih
Pes sup tulang
Batang daun sup
Pati ayam
Serbuk lada putih

Cara Penyediaan Sup Kosong

1. Tumbuk kasar halia dan bawang putih.

2. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk dan pes sup tulang Adabi 2 sudu kecil.

3. Kacau sebati dan masukkan batang daun sup, halia, bawang putih dan pati ayam.

4. Biarkan sup mendidih dan masukkan pula 1 sudu kecil serbuk lada putih.

5. Setelah mendidih, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Resipi tukang masak

Boleh juga guna satu lagi resipi perkongsian tukang masak restoren sendiri iaitu Nur Fira Yana.

Bahan-bahan

Halia
Lengkuas
Bawang holland
Akar daun sup
Akar daun bawang
Akar ketumbar
Air rebusan ayam
Rempah Sup,
Limau nipis

Cara membuat
  • Satukan semua bahan dalam periuk hingga mendidih kecuali limau.
  • Kemudian perasakan garam, serbuk perasa, gula dan juga perahan limau. Siap.

Kredit Resipi & Foto: Resepi Eny Abdullah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose