Sup Kaki Dan Leher Ayam, Begini Cara Buat Tumis Darat

Share

Sup ayam, hirup panas-panas memang sedap untuk memanaskan badan. Kali ini, kita buat sup kaki dan leher ayam. Buat cara tumis darat. Memang terasa aroma bawang gorengnya. Sedap dimakan dengan nasi, bihun atau mi. tambahkan sambal kicap. Memang bertambah-tambah jadinya.

Ikuti cara membuat Sup Kaki dan Leher Ayam Tumis Darat hasil perkongsian daripada Min Meena Manjalara ini. Memang sedap!

SUP KAKI DAN LEHER AYAM TUMIS DARAT

BAHAN-BAHAN:

Kaki & leher ayam secukupnya

4 ulas bawang kecil (dimayang)* 

2ulas bawang putih (dimayang)*

2 inci halia (dihiris nipis)

1 paket kecil serbuk sup – Boleh beli online di sini

1 paket sup bunjut – Boleh beli online di sini

2 biji kentang (dipotong 6)

1 batang lobak merah (dipotong pensel)

2 ulas bawang merah, putih & halia (untuk direbus bersama kaki ayam)

Air secukupnya

3 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini

2 keping asam keping

Akar daun ketumbar

Sedikit hirisan cendawan hitam

Batang saderi

CARA MEMASAK:

Rebus kaki dan leher ayam bersama kentang, lobak merah, sup bunjut, serbuk sup, akar daun ketumbar, batang saderi, bawang putih, bawang merah dan halia.

Setelah empuk semua bahan, baru masukkan perasa dan hirisan cendawan.

Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih untuk dimasukkan ke dalam sup yang telah mendidih tadi. Ini yang dinamakan tumis darat.

Masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup.

Siap untuk dimakan bersama nasi / bihun/ mi. Jangan lupa sambal kicap dan hirisan daun bawang/ sup/ ketumbar serta bawang goreng. Ada bergedil lagi sedap.

Kredit: Min Meena Manjalara

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN