Sup Ikan Merah, Cara Masak June. Takde Sup Bunjut Ikan Pun Tak Apa.

Share

“Resipi Kami, Cara Kami, ” inilah antara prinsip memasak June. Tengok rupa gambar sup ikan merah yang dimasak oleh June Ahmad ni memang terpesonalah. Ini sup ikan kegemaran anak-anak dan familinya.

Katanya dalam laman FB yang dikongsikan, dia lebih suka tumis bahan-bahan dahulu. “Buh bunga kantan gak sup wangi gitu, bukan apa ikan ini biasanya hanyir hanyir sikit.” ceritanya lagi. Anaknya yang bernama Amna kalau makan nasi siap tambah-tambah lagi. Tak guna pun sup bunjut untuk ikan yang dalam paket tuh.

Tapi tetap wangi dan sedap. Jom semak resipi dari June Ahmad ini.

SUP IKAN MERAH



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan merah
  • 3 biji kentang
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa | jika suka
  • 2-3 asam keping – beli online DI SINI
  • 1 bunga kantan
  • 3 tangkai daun sup

Bahan tumbuk:

  • 10 biji cili padi  – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh lada hitam – beli online DI SINI
  • 1/2 labu bawang besar | tak letak pun tak apa – beli online DI SINI

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 4 ulas bawang merah – beli online DI SINI
  • Halia sikit (hiris)
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang  – beli online DI SINI
  • 4 cengkih
  • 3 buah pelaga

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kentang dalam periuk, masukkan air agak agak aje, rebus sekejap kemudian masukkan ikan.


2. Panas minyak sikit dalam kuali lain, ,masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Dah wangi boleh tuangkan dalam periuk sup.


.


.

3, Masak sekejap hingga kentang empuk…
4. Akhir sekali masukkan garam, perasa dan asam keping.
5. Akhir sekalisekali tabur bunga kantan n daun sup…
** bunga kantan nak hiris kecik2 atau memanjang pun ok ja,ikut citarasa masing-masing
6. Sup ikan merah sedia dihidang.

Kredit foto & resipi : June Ahmad

 

INGIN MENCARI BLENDER TERKINI DAN EFISIEN, JOM BELI DI SINI

ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI : 

IKLAN