Sup Cendawan Sihat Super Senang Sesuai Untuk Diet

Share

Sup ringkas yang pasti menyegarkan selera anda. Sup yang lengkap dengan nutrien yang boleh mengenyangkan anda seharian.

SUP CENDAWAN SIHAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1biji bawang besar merah -dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • Cendawan tiram
  • Lada hitam ditumbuk
  • 2 biji telur
  • 6 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan hanya sedikit minyak dan tumiskan seketika bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  2. Masukkan cendawan dan lada hitam. Kacau seketika.
  3. Masukkan sedikit air untuk kuah.
  4. Kemudian masukkan telur bila kuah sudah mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan perasa.

Kredit: Sha Ramson Abdullah

IKLAN