Sup Cendawan Lemak Berkrim. Nampak Susah Tapi Mudah Je Nak Buat

Share

Sup cendawan lemak berkrim ini tentunya disukai ramai, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Sedap dimakan dengan roti bawang putih atau dihirup begitu saja pun sedap. Sesekali beralih selera ke barat syok juga ye.

Ada yang mungkin beranggapan, sup cendawan ini sudah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka makan bila ke restoran atau beli yang segera.

Aduh. Rugi tu. Sebenarnya tak susah pun nak memasak sup cendawan di rumah. Nampak je macam susah. Tambahan pula, bila masak sendiri lagi puas makan.

Ikuti perkongsian resipi daripada puan Reen Amir ini. 

Sup Cendawan Lemak Berkrim

Bahan-bahan:

labu besar Bawang Holland – racik halus – boleh beli online di sini

Cendawan shiitake – separuh kisar halus, separuh racik.

Tepung gandum

Susu segar full cream – boleh beli online di sini

Planta – guna brand pelangi lebih wangi

Sedikit serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Serbuk oregano

Garam secukupnya

Stok ayam

Air secukupnya

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar separuh daripada cendawan shiitake hingga lumat.

Panaskan planta di dalam periuk. Bila planta cair, masukkan bahan Holland dan tumis hingga terbit wangi dan bawang bertukar warna kekuning-kuningan.

Tambah tepung gandum dan kacau. Waktu ini ia memang berketul-ketul. Tapi teruskan mengacau.

Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.

 

Kemudian masukkan cendawan shiitake yang diracik ke dalam adunan. Kacau lagi. Masukkan juga air secukupnya supaya sup tidak terlalu pekat. Terus kacau dari semasa ke semasa.

Setelah itu, masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk Oregano secukupnya dan gaul lagi biar sebati.

Tutup api. Siap. Boleh dimakan panas-panas.

Sebenarnya ada satu cara lain untuk membuatkan sup lagi halus iaitu dengan mengisar sup itu dan setelah itu dimasakkan sekali lagi. Tapi malas, cara ni pun dah okay. Masih terasa tekstur cendawan yang diracik saat mengunyah. Tetap sedap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN