Sup Ayam Serai. Berkesan Untuk Rawat Batuk & Selsema.

Share

Cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai yang kurang sihat. Bagi yang baru nak kena selsema, sup ayam ini bagus untuk mengatasinya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 2 batang lobak merah | potong
  • 6 biji cili padi
  • 1 batang serai | Simpul
  • 2 biji bawang besar | potong empat
  • 2 inci halia | hiris
  • 2 tangkai daun sup | hiris
  • 2 biji ubi kentang | potong
  • 1 kiub stok ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng  sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan tulang ayam sekali,  gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
  3. Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.
IKLAN