Tiba-Tiba Lapar? Cuba Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api Ni Pula. Memang Padu Beb!

Share

Jika tekak terasa nak makan maggi goreng, pastinya kedai mamak yang menjadi pilihan. Rasanya yang padu, cukup rencah serta enak berperisa pastinya memenuhi selera. Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api perkongsian saudari Adnilsam Apat.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali ( perencah guna 1 1/2 je dari 3 paket )
  • Udang, sotong atau isi ayam | terpulang pada citarasa masing-masing
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 2 biji cili masak | ditumbuk halus
  • 5 biji cili padi merah | ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • Kubis @ sawi secukupnya
  • 2 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Tapi jangan sampai kembang ye..
  2. Siramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan. ( supaya maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti. ) Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi.
  4. Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
  7. Kacau rata dan pecahkan telur. Tutup telur dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kubis @ sawi. Kacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
  8. Boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah, bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Adnilsam Apat

IKLAN