Suka Makan Kuih Dangai? Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah. Bakar Pakai Oven Je. Harum Satu Rumah!

Share

Kuih Dangai ni, anda ke pasar malam pasti beli. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Anda pun boleh hasilkan kuih ini di rumah. Jom lihat bahan-bahan serta cara-caranya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
  • 150gm tepung pulut
  • Gula pasir secukupnya (ikut manis yang anda suka)
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam acuan dangai atau guna loyang je. Tekan-tekan bagi sama rata, namun jangan tekan padat sangat ( akak alaskan loyang dgn baking sheet. Jadi tak cepat hangit)
  3. Bakar api atas bawah pada suhu 170C sehingga keperangan. Anggaran masa dalam 20 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

Nota: Jangan bakar lama sangat nanti dangai keras dan tidak sedap. Dangai yang enak mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.

 

Kredit resipi & gambar: Juelzam Jaafar

IKLAN