Suka Makan Keropok Lekor. Ini Resipi Mudah Yang Anda Boleh Cuba Buat Di Rumah.

Share

Keropok lekor kelihatan agak sukar untuk dibuat namun sebenarnya mudah je. Anda sendiri boleh hasilkan secara homemade. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rohani Kordi.

KEROPOK LEKOR HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan sardin segar @ kembung
  • Tepung ubi kiayu secukupnya
  • Garam dan aji secukup rasa
  • Sedikit ais

CARA-CARA:

1. Bersihkan ikan dan ambil isinya sahaja. Kisar isi ikan mentah bersama sedikit ais hingga lumat.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambahkan tepung ubi kayu, garam dan aji dengan secukupnya.

3. Jumlah tepung agak-agak sahaja. Asal doh boleh digentel. Jika letak terlalu banyak, keropok akan jadi keras. Uli hingga sebati.

Keropok belum rebus

4. Gentel doh keropok ikut saiz yang dikehendaki. Rebus dalam air hingga timbul.

Keropok yang telah direbus

5. Tos dan boleh goreng keropok tadi. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rohani Kordi

IKLAN