Suka Makan Ayam Pencen? Ini Resipi Mudah Rendang Cili Api Ayam Salai

Share

Tidak semua orang akan suka makan ayam pencen, namun masih ada peminatnya. Tekstur ayam pencen tidak sama dengan ayam biasa kerana ayam pencen ni biasanya lebih liat.

Menerusi perkongsian saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, masakan yang sesuai dengan ayam pencen ialah masak rendang!

 

RESIPI CARA BUAT RENDANG CILI API AYAM SALAI

BAHAN-BAHAN: (UNTUK 3 ORANG MAKAN)

½ ekor ayam pencen salai
10-20 tangkai cili api hijau – beli online di sini
6 biji bawang merah – beli online di sini
4 biji bawang putih – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini


2 inci lengkuas –beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
1-2 sudu besar biji jintan – beli online di sini
250ml santan – beli online di sini
1 keping asam gelugor – beli online di sini
Garam & gula secukup rasa

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk 

TONTON  Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja 

CARA-CARA:

1. Ayam pencen dah siap salai. Bau dia semerbak, tapi kalau makan terus ni, mungkin tertanggal gigi dan terseliuh rahang. Kulit dia pun liat. Sebab tu kita masak rendang, reneh dia sampai lembut.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


2. Bahan-bahan tadi, kecuali daun limau dan daun kunyit, kita kisar halus. Gunakan air, jangan guna minyak. Masakan kita ni tak gunakan minyak langsung.


3. Sambil kisar, sangai jintan manis. Sangai sampai aroma dia semerbak. Kalau malas sangai, guna sahajalah serbuk jintan manis. Nak letak jintan manis dan ketumbar? Boleh juga.


4. Masukkan jintan dalam pengisar. Campur sekali dengan bahan-bahan tadi. Kisar sampai lumat.


5. Itu dia! Bahan kisar kita letak dalam kuali. Hidupkan api. Godek-godek sikit, sampai panas. Oleh kerana tak ada minyak, kena hati-hati, sentiasa kacau, jangan biar sampai hangit.


6. Ok dah boleh masukkan ayam salai yang telah dipotong kecil. Digalakkan potong kecil supaya cepat lembut. Jangan risau, ayam pencen ni tak hancur punyalah.


7. Letak santan dan masukkan air semangkuk atau sehingga ayam boleh tenggelam.


8. Lebih kurang macam ni (dalam gambar). Ha, masa ni bau dia dah sedap. Terbayang ayam salai masak lemak cili api. Bahan-bahan pun lebih kurang, kan? Sekarang kita reneh 1-2 jam. Nak cepat guna periuk tekanan.


9. Masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa. Biar seimbang semuanya. Ayam salai saya tadi, dah ada garam sikit, jadi kena kurangkan sikit garam tambahan.


10. Bila dah hampir kering, masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit. Barulah wangi rendang kita ni! Bau segar je. Masak lagi sampai kering.


11. Ada orang dah anggap kering macam ni (dalam gambar) kira dah jadi. Ada yang suka betul-betul kering. Terpulang pada citarasa masing-masing. Saya suka sampai betul-betul kering. Baru padu!


12. Dah siap! Pedas, wangi, dan ada aroma salai. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan? Makan dengan nasi, ketupat, atau lemang, memang terangkat! Ini alternatif terbaik untuk pelbagaikan hidangan raya.

Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN