Step By Step Ayam Masak Kandar Sedap Teruk Nak Habak Kat Hang

Share

Masakan kandar memang cukup terkenal di negeri belah utara Malaysia terutama negeri Pulau Pinang.

AYAM MASAK KANDAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ayam
  • 2 batang serai
  • 4 biji bawang merah-dihiris
  • 2 biji cili besar merah ataupun cili api
  • 2 biji tomato
  • Bawang putih-ditumbuk halus
  • Halia-ditumbuk halus
  • *Kulit kayu manis
  • *Bunga cengkih
  • *Buah pelaga
  • *Jintan manis
  • *Jintan putih (Semua bahan betanda * digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • Daun kari
  • 7 sudu makan serbuk cili kering
  • 10 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan.

 

2. Masukkan 2 batang serai.

 

3. Masukkan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk halus.

 

4. Selepas itu masukkan bawang merah yang sudah dihiris.

 

5. Bila bawang sudah layu, boleh masukkan cili merah, daun kari, tomato dan bawang merah dihirs.

6. Kacau bahan sebati dan masukkan ayam yang sudah dicuci bersih.

 

7. Perasakan dengan garam secukup rasa.

 

8. Tambah sedikit air untuk masakkan ayam.

 

9. Tutup periuk dan masak ayam sampai kecut sedikit.

 

10. Masukkan serbuk cili.

 

11. Masukkan pula serbuk jintan manis.

 

12. Anggaran kicap dalam 10 sudu makan.

 

13. Jintan manis yang sudah disangai dan ditumbuk halus.

 

14. Akhir sekali masukkan daun kari untuk menambahkan lagi aroma.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rani Ganga          

IKLAN