Step By Step Buat Kuih Kurma Kukus, Sedap & Lembut Je Bila Dimakan

Share

Kurma selain dimakan begitu sahaja sama ada ketika berbuka dan juga sahur, enak juga dijadikan kuih. Hanya dengan beberapa langkah mudah, kita dapat hasilkan Kuih Kurma Kukus yang enak dan menyelerakan. Jom kita cuba resipi Kuih Kurma Kukus seperti yang dikongsikan oleh Norazlina Mohamad Zaki

ini.

RESIPI KUIH KURMA KUKUS

BAHAN-BAHAN:

Kurma (kuantiti terpulang pada masing-masing)
*2 cawan santan
*2 sudu besar penuh tepung gandum –BELI ONLINE
*1 sudu tepung beras –BELI ONLINE
*Secubit garam

CARA MEMBUAT:

1.Buah kurma dibuang bijinya, kemudian potong-potong dan susun di dalam bekas.

2. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau rata. Tapiskan.

3. Tuang di atas kurma yang telah siap disusun tadi.

4. Kukus selama 10 minit. Pastikan periuk kukus dipanaskan terlebih dahulu.

5. Sejukkan dan bolehlah dimakan.

Sumber kredit: Norazlina Mohamad Zaki

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN