Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringkas Tapi Sedap

Share

Bosan makan nasi? Malam ini jom kita masak spaghetti aglio olio. Menu ini memang mudah dan ringkas tetapi rasanya memang umphhhh. Lagi sedap jika ditambah seafood seperti udang dan sotong. Ayuh kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Nafsiah Rahim. Selamat mencuba!

SPAGHETTI AGLIO OLIO

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket spaghetti
  • 10-15 ekor udang
  • 5-6 ekor sotong
  • 2 batang sosej
  • 4 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu besar lada hitam – beli online DISINI
  • 3 sudu besar serbuk oregano – beli online DISINI
  • 5 biji cili kering – beli online DISINI
  • 1 kiub ayam – beli online DISINI
  • 2 keping cheese
  • Tomato
  • Lada benggala

 

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7 hingga 8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.

2. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak zaitun atau minyak biasa dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang telah dipotong.

3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.

4. Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flkes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5. Masukkan spaghetti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul hingga rata. Siap!

 

Kredit foto & resipi: Nafsiah Rahim

 

Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN