Spagheti Aglio Olio Menu Simple Begini Boleh Tambah Berkali

Share

Minum petang hari ini teringin masakan western. Menu simple yang mudah dan kesukaan anak-anak. Spagheti Aglio Olio ni bila diletakkan udang, sotong, sosej dan sebagainya memang boleh menambah makan. Masak untuk berbuka puasa pun enak. Bagi yang sukakan pedas, boleh lebihkan sikit chili flakes dengan lada hitam.

SPAGHETI AGLIO OLIO

Bahan-bahan:

  • 1 paket spagheti
  • 10-15 ekor udang
  • 5-6 ekor sotong
  • 2 batang sosej
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar serbuk oregano
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 kiub ayam
  • 2 keping cheese
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara memasak:

  1. Mula-mula, rebuskan spagheti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapis. Simpan sikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
  2. Dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.

3.Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Kemudian masukkan pula sedikit air rebusan spagheti tadi.

4.Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5.Kemudian bolehlah masukkan spagheti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siap.

Kredit: Nafsiah Rahim

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN