Spageti Bujang Lemak Berkrim

Share

Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkan bertangguh untuk  memasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!

SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti |rebus dan tos
  • 150ml susu penuh krim
  • 50gm mentega
  • 6 ekor udang saiz XL
  • 50gm cendawan butang dalam tin | hiris
  • 50gm brokoli |dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar | cincang
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.

2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.

4. Kemudian masukkan pula brokoli.

5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.

6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.

Sedia untuk di makan!… Bon appétit

IKLAN