
Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkan bertangguh untuk memasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!
SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm spageti |rebus dan tos
- 150ml susu penuh krim
- 50gm mentega
- 6 ekor udang saiz XL
- 50gm cendawan butang dalam tin | hiris
- 50gm brokoli |dadu kecil
- 1/2 biji bawang besar | cincang
- 3 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.

2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.

4. Kemudian masukkan pula brokoli.

5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.

6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.
Sedia untuk di makan!… Bon appétit
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Soto Ayam Lengkap Bergedil & Sambal Kicap Menu Simple Semasa Berbuka

Semasa bulan puasa kalau boleh nak memasak yang ringkas dan tidak perlu masa yang lama. Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk, kita ubah selera dengan soto ayam pasti sekeluarga suka. Apa yang penting sekeluarga bakal kenyang dari air tangan anda.
SOTO AYAM & BERGEDIL
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 incikunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
2 batang serai
1 inci lengkuas
Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.
Bahan Tumis:
Kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
biji pelaga
Rempah kurma 1 peket kecil
Sup bunjut 1 bunjut
Bahan lain:
1 ekor ayam ~ potong 4
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
Cara memasak:
1.Mula-mula kita panaskan minyak
2.Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
3.Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
4.Masukkan rempah kurma
5.Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah kurma kena masak lama ya.. )
6.Kemudian masukkan air secukupnya
7.Biarkan air mendidihBila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah mereneh
8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Angkat ayam dan toskan. Ayam kemudian di goreng. lepas tu siat-siat halus
Baki kuah tambahkan air. Biarkan didih
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus.
Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam
BEGEDIL DAGING MUDAH DAN RINGKAS
4 biji kentang
200 gm daging cincang
kentang kupas kulit dan potong bulat nipis
Kemudian goreng sampai masak
Angkat toskan minyak dan tumbuk lumat
Daging pun goreng sekejap
Angkat dan tumbuk lumat
1 pokok daun sup – cincang halus
1 pokok daun bawang – cincang halus
bawang merah – cincang halus
bawang goreng
dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
1 sudu besar perencah sup
2 biji putih telur
Cara memasak:
1.satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur
2.Perasakan dengan garam
3.Bulat-bulatkan
4.Celupkan dalam putih telur
5.Dan goreng dalam minyak panas hingga masak
Sedia dihidangkan
Begedil dah siap sekarang nak sediakan pula sambal kicap
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
2.Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
3.Kisar halus
4.Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
Soto ni dimakan bersama
~ nasi himpit
~ taugeh
~ Ayam di siat-siat halus
~ daun sup dan daun bawang di hiris
~ kacang goreng
~ bawang goreng
~ begedil
~ sambal kicap
Kredit: Rozelkitchen
https://www.rasa.my/14-aneka-resipi-sahur-yang-mudah-cepat/
Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi Mee Celup 30 Minit Dah Siap!

Mee Celup ni rasanya agak susah nak cari terutamanya di kawasan KL. Jadi, baik kita buat sendiri je kan lagi pun 30 min je dah boleh siap. Siap ada resepi sambal kicap lagi untuk ditambah dalam mee celup. Jom kita tengok resepi ini.

SUP/KUAH
Bahan-Bahan
- Sedikit minyak masak
- Bawang putih 5ulas
- Rempah kurma 2 sudu
- Air stok daging
- Air masak 1 jug
- Daging lembu
Info: Selain daging lembu boleh juga ganti dengan daging ayam
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Kemudian tumiskan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus.
3. Setelah naik bau, masukkan rempah kurma yang telah dicampur air ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan air stok daging, daging yang telah dibasuh dan kacau.
5. Tambahkan sedikit air dan garam secukup rasa.
6. Biarkan dalam periuk selama 10minit sehingga daging empuk.
SAMBAL KICAP

Bahan-Bahan
- Bawang putih 10 ulas
- Sedikit cili padi
- Garam
- Gula
- Kicap
Cara Penyediaan
1. Gorengkan cilipadi dan bawang putih dalam kuali tanpa minyak sehingga menampakkan kekuningan.
2. Kemudian masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam mesin kisar dan campurkan dengan kicap, garam dan gula.
3. Kisar sehingga lumat.
https://www.facebook.com/DiyanaMatJusoh/videos/10212086814297866/
Aksesori Tambahan:
- Mee/bihun/kuey teow dicelur
- Minyak bawang putih
- Limau nipis
- Sayur sawi + kobis
- Daun bawang
- Daun sup

Cara Penyediaan Minyak Bawang Putih:
1. Potongkan bawang putih nipis-nipis
2. Kemudian goreng di dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Kemudian angkat sekali dengan minyak yang digoreng tu.

Nak makan dengan mee/kuew teow/ bihun terpulang pada citarasa masing-masing.
Info: Celurkan mee atau bihun sekejap sahaja sehingga lembut.
Kredit Resepi: Diyana Mj
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mudah Sesuai Untuk Si Bujang, Tak Sampai 30 Minit Dah Boleh Makan

Ada kala kita tak sempat nak memasak beria-ia sangat. Bahan mentah kat rumah pun terhad. RASA berikan resipi 3 masakan yang mudah untuk anda sediakan ala-ala orang bujang. Tak sampai 30 minit anda dah boleh makan kekenyangan. Jom cuba.
NASI GORENG AYAM KUNYIT

Bahan ayam kunyit
100 gram isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan nasi
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng isi ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, cili sehingga wangi, diikuti sayuran dan kacau.
3. Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi.
4. Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sos tiram.
6. Gaul rata sehingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit.
SANDWIC TUNA GORENG

Bahan-bahan
4 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Sedikit mayones
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
SPAGETI GORENG

Bahan-bahan
200 gram spageti | dicelur
150 gram campuran makanan laut
6 batang asparagus (dicelur dan direndam dalam air berais)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh emping cili
1/2 sudu teh oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan asparagus. Gaul rata.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

