Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Share

Spageti

Bolognese memang sajian sesuai tak kira waktu. Buat sajian malam, petang atau malam semuanya sesuai. Memang mengenyangkan.

Resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ni tengok rupa pun dah tau sedap . Mana taknya ada bahan daging kisar, cendawan dan meatball pun dimasukkan juga.Yang best mula tumis dulu pastu bakar dalam oven memang terliur dengan aroma semerbak di dapur.

Jom tengok resipi Zaky ini :

SPAGETI BOLOGNESE BAKAR
.

BAHAN-BAHAN :

  • 400gm spageti – rebus dan toskan, masukkan dua sudu minyak untuk mengelakkannya melekat
  • 1 botol sos spageti (dalam 680gm) – beli online DI SINI
  • 450gm daging kisar
  • 200gm meatball
  • 1 tin cendawan butang| dihiris
  • 2 biji tomato | dipotong dadu kecil | beli online DI SINI
  • 3 biji bawang merah |dikisar | beli online DI SINI
  • 3 ulas bawang putih | dikisar | beli online DI SINI
  • 3 biji cili padi – beli online DI SINI
  • 200gm cheese mozzarella
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :


1. Panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
3. Masukkan cili padi, sos spageti dan masukkan air.
4. Masukkan meatball dan daging kisar


5. Masukkan cendawan butang dan tomato


6. Biar mendidih beberapa minit
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa


.

8. Gaul bersama spageti
9. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur cheese


.

10.Bakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit


.

Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali

INGINKAN OVEN TERBARU, JOM LAYARI DI SINI 

VIDEO MASAKAN INI MUNGKIN MENARIK PERHATIAN ANDA. JOM TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO MASAKAN DI YOU TUBE @ Majalahrasaofficial

DAN JUGA RESIPI-RESIPI MENARIK DI SINI :

 

 

 

 

IKLAN