Sotong Sumbat Ikan Mambung Masak Lemak Cili Api. Puas Makan Ni.

Share

Tengah cari idea nak masak lauk sotonng. Nah ni dia sotong penuh berisi ikan mambung hancur dengan kuah pedas cukup berlemak

.

SOTONG SUMBAT IKAN MAMBUNG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN SOTONG SUMBAT:

  • 6 ekor sotong
  • 4 ekor ikan mambung yg direbus (ambil isinya)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah

BAHAN KUAH LEMAK:

  • 3 batang serai-dititik
  • 10 biji cili padi merah dan hijau-ditumbuk
  • Kunyit hidup 1 inci-ditumbuk
  • 1 keping asam keping
  • 4 helai Daun kunyit
  • 1 mangkuk pati santan
  • Garam
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Basuh sotong dan toskan.

2. Ikan mambung direbus selama 5 minit dan ambil isinya sahaja.

3. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih

4. Isi ikan yang telah ditumbuk digaul bersama sedikit garam

5. Sumbat isi ikan kedalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tidak keluar.

6. Masak 10 minit sotoong dengan tambahkan sedikit air, serai dan bahan yang ditumbuk.

7. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping dan masukkan santan.

8. Kacau pada api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Boy Es Zu’echa 

 

http://www.rasa.my/step-by-step-ikan-kerisi-masak-pindang-simple-pedas-menyengat/

 

IKLAN