Sotong Masak Lemak Serai, Resipi Yang Mudah Tapi Sedap

Share

Hidangan yang ringkas dan mudah untuk dimasak tetapi rasanya sedap tiada tandingan. Kalau nak sotong kekal sedap berjus, sotong tu jangan dimasak lama nanti liat pulak. Ini dia resipi sotong masak lemak serai yang dikongsi oleh Chinta Damia. Selamat mencuba.

SOTONG MASAK LEMAK SERAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5-7 ekor sotong
  • 1 biji kelapa (santan) (beli online DISINI
    )
  • 4 biji bawang merah* (beli online DISINI)
  • Halia | sebesar ibu jari* (beli online DISINI)
  • 1 ulas bawang putih* (beli online DISINI)
  • Serai | diketuk (beli online DISINI)
  • Bawang besar (dipotong wedges)
  • Gula secukup rasa (beli online DISINI)
  • Garam secukup rasa (beli online DISINI)
  • Serbuk perasa
  • Lada besar hijau | boleh gantikan dengan cili padi untuk rasa lebih pedas (beli online DISINI)

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk atau kisar bahan yang bertanda*
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga santan.
  3. Kemudian, biarkan santan tadi mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan lada hijau untuk beri rasa pedas.
  6. Kacau sebati dan boleh tutup api.

 

INFO: Jika ingin ada sedikit rasa masa boleh perahkan sedkit perahan limau nipis.

 

Kredit resipi & gambar: Chinta Damia

 

Jika anda mahu beli KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN