Sotong kembang masak kari memang jarang kita dengar. Selalunya sotong jenis ini dimasak sambal. Tapi jangan tak tahu bila dimasak kari, rasanya memang padu. Lagi-lagi kalau karinya pekat.
Bagi yang nak cuba, boleh gunakan resipi Nordiana Mohamad. Katanya ia adalah hidangan nostalgia arwah bapanya. Kalau dah rasa memang akan menambah nasi jawabnya.
2 ekor sotong kembang – hiris bentuk segi empat
10-12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
3 batang serai – diketuk
125gm serbuk kari Babas – jadikan pes
Minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau.
3. Gaul pes kari ke dalam tumisan hingga pecah minyak, ini kunci rasa kari yang pekat.
4. Masukkan hirisan sotong kembang, gaul rata dan biarkan seketika supaya rempah meresap.
5. Tuang air secukupnya, kemudian perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
6. Masak hingga kuah kari menjadi pekat manis, sesuai dimakan bersama nasi putih panas.
Kredit resipi & foto: Nordiana Mohamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA