Sotong Kam Heong, Step By Step Masak Ringkas Tapi Sedap

Share

Ada sotong di rumah? Apa kata buat Sotong Kam Heong yang sedap sesangat ni. Resipi ini disediakan oleh usahawan masakan Thailand yang sememangnya pandai memasak dan menggemari masakan negara tersebut.

Jom kita lihat cara memasak Sotong Kam Heong ini.

SOTONG KAM HEONG

BAHAN-BAHAN

BAHAN CENCANG HALUS
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih (dalam gambar 6 sebab kecil)
1 labu bawang besar/holand
2 inci halia
(Semua dicincang halus)

BAHAN LAIN
6 tangkai cili padi
2 tangkai daun kari
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit garam dan serbuk perasa
3 ekor sotong

BAHAN PES

2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
Campur semua bahan dalam satu mangkuk.

CARA MEMBUAT

Panaskan minyak masak anggaran 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicencang halus.

Selepas sudah kekuningan, masukkan daun kari.  Kemudian, masukkan cili api.

Selepas naik bau harum, tuangkan bahan pes serbuk kari, sos tiram dan kicap tadi. Kacau selalu.
Masak sampai pecah minyak gini.

Masukkan 1 cawan air. Kacau lagi.
Masuk sotong. Kacau lagi.

Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.
Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera.
Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa.

Siap!

Selamat mencuba!

SUMBER: Facebook Liza Idris

IKLAN