Sotong goreng telur masin ini tak boleh nafikan keenakannya. Gabungan masin lemak dari telur masin, aroma wangi daun kari dan bawang putih, ditambah pula kerangupan sotong yang baru digoreng memang buat rasa macam tak puas makan.
Menariknya, resipi ini agak mudah, hanya guna pes kuning telur masin segera, jadi tak perlu rebus dan hancurkan telur masin secara manual. Kerja dapur jadi lebih cepat dan mudah, tapi hasilnya tetap sedap.
300-350g sotong
1 biji telur
1 sudu kecil halia & pes bawang putih
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung goreng Bestari -untuk salutan
4 ulas bawang putih – dihiris
4 biji cili api merah – dihiris
1 paket pes kuning telur masin segera (120g)
2-3 helai daun kari
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak
1. Gaul sotong denga semua bahan, simpan dalam peti sejuk selama 15-30 minit.
2. Seterusnya masukkan tepung goreng Bestari dalam mangkuk kemudian salut sotong dengan tepung tadi. Kemudian susun sotong bersalut ini atas pinggan.
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng sotong sehingga rangup. Toskan.
4. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih, tumis sebentar. Tambah daun kari dan cili api, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan pes kuning telur masin, kacau dengan api sederhana sehingga berbuih.
6. Masukkan sotong goreng rangup, gaul rata sehingga bersalut elok dengan pes telur masin.
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
Kredit resipi & foto: Rajeswarhy Murugan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA