Sotong Celup Tepung Super Rangup, Rahsia Tak Meletup Bila Goreng

Share

Sotong celup tepung super rangup ini bersalut elok. Sotong tak liat  dan lembut. Yang penting tak meletup-letup bila digoreng.

Nak tahu rahsianya? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Maya Miera ini. Gerenti menjadi. Bahan pun tak banyak yang perlu. Selamat mencuba!

Sotong Celup Tepung Super Rangup

Bahan-Bahan:

Sotong (potong)

Sedikit Tepung Bestari

Serbuk cili – boleh beli online di sini

Onion powder

Tepung Beras – boleh beli online di sini

Sedikit air

Telur

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Sotong yang siap dibersihkan digaul dengan tepung Bestari, serbuk cili sikit, oinion powder dan sedikit air. Gaul sebati.

Ambil sotong yang dah di gaul tadi. Golek-golek pula di dalam tepung kering ( tepung beras + tepung Bestari )

Dah siap salut semua dengan tepung kering, gaul dengan telur yang dah dipukul. Lepas itu golek semula dengan tepung kering.

Panaskan minyak dan boleh terus goreng. Ketika menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan minyak betul-betul panas dan api paling kuat.

Bila dah nampak garing keperangan, boleh angkat dan toskan.

Sotong kekal lembut dan tepung crunchy.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN