Sotong Bakar Thai, Sos Sedap, Padu Memang Terangkat

Share

Sedapnya Sotong Bakar Thai ni. Diinspirasikan dari negara Gajah Putih, menu ni memang wajib dicuba. Sangat sedap dan membuka selera. Kalau makan panas-panas, memang layan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Alia Adila Hassim ni antara yang mudah.

CARA MASAK SOTONG BAKAR THAI

BAHAN PERAPAN SOTONG:

  • 8 ekor sotong | dibersihkan
  • 2 sudu teh gula
  • 1-2 sudu makan kicap manis cair
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili


CARA MEMASAK:

1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus.

2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit.

3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing.

 

BAHAN SOS PEDAS THAI:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah | cincang
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 akar ketumbar
  • 1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka
  • Sos ikan @ nampla secukupnya
  • 3-4 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • 1 pokok daun ketumbar | cincang halus
  • Sedikit air suam
  • Garam jika perlu

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dan gula kabung thai hingga lumat.

2. Campurkan dengan jus limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan daun ketumbar Gaul sebati. Jika kuah agak pekat, tambah air suam.

3. Rasa sosnya. Pastikan seimbang rasa masam, manis, pedas dan masin.

4. Siram atas sotong yang siap dimasak tadi.


 

Kredit resipi & foto: Alia Adila Hassim

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN