Sotong Bakar Thai Masak Lebih Kalau Tak Menyesal

Share

Sotong bakar yang penuh rasa masam, manis dan masin. Resipi yang ringkas tapi memberi rasa enak pada sotong.

 

SOTONG BAKAR THAI

BAHAN-BAHAN:
Sotong saiz besar
3 sudu besar jus lemon
3 sudu madu
Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Cuci sotong bersih. Lumurkan sotong dengan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk dalam 15 minit.
  2. Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi
  3. Lap sotong guna tisu dapur.
  4. Renjis-renjis dengan minyak. Bakar sampai sotong masak.

 

BAHAN SOS:

  • *12 batang cili merah
  • *8 batang cili hijau
  • *7 ulas bawang putih (bakar sekejap)
    (Tumbuk halus semua bahan bertanda *)
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu gula
  • 5 sudu jus lemon
  • 3 sudu sos ikan
  • Daun ketumbar ( hiris halus)

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau sebati.
  2. Lumur atas sotong.

KREDIT RESEPI & gambar: juju minhad

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN