Sosej Homemade Tiada Bahan Pengawet & Perasa Tambahan

Share

Jika anda prihatin tentang kesihatan, jom buat sosej homemade versi sihat. Alang-alang dah buat kita letak sayuran kesukaan. Apa yang penting bersih, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tambahan. Adunan ni boleh dapat dalam 15 batang sosej. Ikut saiz korang nak macam mana.

Sosej Homemade

Bahan-bahan:

500gram isi ayam

1 sudu teh garam

3 ulas bawang putih-beli online di sini

1 biji bawang besar

1/2 sudu teh lada sulah-beli online di sini

1/2 sudu teh serbuk garlic

1/2 sudu teh blackpepper (option)

1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpe)

1 gelas kecil air /stok ayam

Sayur-sayuran ikut suka (lobak merah, daun sup, cendawan)

Cream cheese (option) tak letak pun tak apa. Nak gantikan dengan cheese lain pun boleh.

Tepung ubi (agak-agak je)

*Boleh tambah / tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

 

Cara membuat:

 

1.Blend semua bahan di atas (boleh guna food processor).

2.Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat. (Tujuan taknak air masuk semasa merebus.

3.Rebus sampai masak. Mar kukus je. Lebih kurang 15-20 minit.

4.Dah siap boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.

Kredit: Marlina Musafir

IKLAN