Makan

Sos Pencicah Keropok, Lagi Sedap Kalau Buat Sendiri. Caranya Pun Mudah Sangat

Share

Sos pencicah keropok boleh dikatakan kita gunakan hampir setiap ari. Bukan saja untuk makan dengan keropok lekor, keropok keping malah pisang atau keledek goreng pun turut kita gunakan pencicah.

Boleh kata ia sos yang wajib ada di rumah kita. Boleh saja nak gunakan sos cili yang banyak terjual tapi sos pencicah ini sebenarnya lagi sedap jika dibuat sendiri.

Ini kerana kita boleh hasilkan sos ini mengikut citarasa, nak pedas, kurang manis dan sebagainya. Cara membuat sos pencicah ini juga tak susah.

Buat sendiri sos pencicah keropok

Bahan-bahan

3 cawan air (cawan metrik)
10 sudu besar cili giling (cili boh)
3 keping nisan kerek/melaka
5 sudu besar gula pasir
Sedikit belacan
Air asam jawa secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara penyedian sos pencicah

1. Masukkan air dalam periuk bersama cili boh.

2. Seterusnya masukkan nisan atau gula kerek dan juga belacan. Kalau sehingga gula larut.

3. Selepas larut, masukkan air asam jawa atau boleh juga diganti dengan cuka makan.

4. Kemudian masukkan gula pasir, bagi yang tak suka manis boleh kurangkan kuantiti gula.

5. Selepas itu perasakan dengan garam dan bahan perasa. Biarkan sos mendidih.

6. Apabila mendidih, kecilkan pi dan biarkan sos merenih sehingga sedikit pekat.

7. Bila dapat kepekatan sos yang diingini boleh tutup api. Sejukkan kemudian bolehlah disimpan.

Untuk tahan lama simpan dalam peti ais.

Kredit resipi & foto : Cik Puan Hana

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose