Solok Lada Sedap Dimakan Dengan Nasi Kerabu

Share

Sedapnya solok lada dimakan dengan nasi kerabu. Kalau ada yang suka makan solok lada, bolehlah buat untuk berbuka puasa dengan nasi kerabu nanti.Bulan puasa ni nak makan, kukus dan letak santan sikit. Bila nak makan keluarkan solok dari freezer, biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dalam 5 minit.

SOLOK LADA FROZEN

 Bahan-bahan:

5-6 ekor ikan selayang

3 genggam kelapa parut putih

2 labu bawang besar merah

1/2 inci halia

2 ulas bawang putih

1 sudu teh lada hitam

1 sudu teh garam

1 sudu besar gula

15 biji lada solok

1 cawan santan -diguna masa nak kukus semula lada solok

Cara membuat:

  1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan

  1. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.

  1. Tumbuk bawang, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata-rata. Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.

  1. Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok Biar padat-padat montel.

  1. Kukus lada solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum disejuk beku.
  2. Siap untuk dihidang.

Kredit : Rozmaliza Omar

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN