Solok Lada Frozen. Nak Makan Baru Kukus Lagi Dengan Santan

Share

Solok Lada frozen. Bila nak makan, barulah kukus lagi sekali dengan santan Bila teringin nak makan solok lada, kalau ada yang dah frozen lagi mudah. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. Amat memudahkan.

Soal rasa jangan risau. Sedapnya sama dengan yang baru buat. Tak macam yng dah disejukbeku (frozen). Bila nak makan, kukus semula dan letak santan sikit. Siap! Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Rozmaliza Omar ini. Gerenti jadi dan sedap 

RESEPI SOLOK LADA FROZEN

Bahan-bahan:

5-6 ekor ikan selayang – ambil isi mentah

3 genggam kelapa parut putih

2 labu bawang besar merah

1/2 inci halia – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

1 sudu teh lada hitam – boleh beli online di sini

15 biji lada solok

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

Sedikit gula – boleh beli online di sini

1 cawan santan -diguna masa nak kukus semula lada solok

Cara Memasak Solok Lada Frozen:

Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.

Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.

 Tumbuk bawang² halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan² isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.

Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok Biar padat-padat montel.

Kukus lada Solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul² sejuk sebelum di frozenkan. Siap.

 

Bila nak makan keluarkan solok daripada peti sejuk dan biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam periuk, curahkan santan atasnya dan kukus dalam 5 minit saja. \

Agak-agak hingga wap naik je. Jangan terlalu lama sebab solok lada ni dah memang sedia masak.  Nanti lembek pula.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN