Sihat & Mudah Disediakan Ayam Panggang Lemon Bermadu

Share

Resipi protein yang sihat Ayam Panggang Lemon Bermadu.

AYAM PANGGANG LEMON BERMADU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul dada ayam
  • ⅓ cawan minyak
    (boleh kurangkan sikit)
  • 6 sudu besar jus lemon kira-kira
    (guna Lemonade readymade pun boleh)
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campur sahaja semua bahan kecuali ayam dalam mangkuk untuk dijadikan sos perapan.
  2. Letakkan ayam kat dalam sos perapan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  3. Bakar dalam oven suhu 220˚C selama 20-30 minit.
  4. Untuk lagi sedap, sapukan sos perapan itu setiap 5 minit supaya ayam itu lebih berperisa.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Dzulailey Abdullah

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN