Makanan

Shakilla Khoriri Ceburi Bisnes Makanan, Jual Garlic Chili Oil & Produk ‘Ready To Eat’ (RTE)

Share

Kagum dengan semangat berniaga pelakon dan usahawan Shakilla Khoriri ini. Rupanya sudah lebih dua tahun, pelakon kecil molek ini berkecimpung dalam bisnes produk makanan secara kecil-kecilan.

Semuanya bermula apabila produk Garlic Chili Oil yang berada di pasaran tidak dapat memenuhi citarasanya. Disebabkan itu, ibu kepada Ameena Sofia ini mengambil keputusan menghasilkan resipi Garlic Chili Oil versinya sendiri yang lebih menepati selera.

Jadi sejak Februari 2024, Syakilla mula menjual Premium Garlic Chili Oil by Shakila Khoriri di platform online serta mendapat permintaan ramai yang cukup menggalakkan.

Shakilla Khoriri Fokus Produk Makanan

Bukan sekadar menjual Garlic Chili Oil, Shakilla kini mengembangkan lagi bisnes makanannya dengan memperkenalkan beberapa produk lain.

Antara produk terbaru yang dipasarkan termasuk makanan ready to eat (RTE) iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api resipi asli Negeri Sembilan selain Dry Chili Bilis yang cukup menyelerakan.

Istimewanya produk keluaran Shakilla Khoriri ini adalah setiap makanan dimasak sendiri  sehingga mencapai rasa yang benar-benar sempurna sebelum dipasarkan.

Shakilla Khoriri

Produk Ready To Eat Semakin Mendapat Sambutan

Trend makanan ready to eat kini semakin mendapat sambutan kerana memudahkan pengguna menikmati hidangan sedap tanpa perlu mengambil masa lama untuk memasak.

Melihat kepada permintaan tersebut, Shakilla mengambil peluang menghasilkan produk makanan yang bukan sahaja sedap tetapi juga berkualiti tinggi dan mudah disediakan.

Produk seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api serta Dry Chili Bilis sesuai dijadikan stok makanan di rumah terutama bagi mereka yang sibuk bekerja.

Garlic Chili Oil Jadi Pilihan Penggemar Pedas

Produk Garlic Chili Oil premium yang dihasilkan oleh Shakilla turut menjadi pilihan penggemar makanan pedas kerana rasanya yang seimbang dan kaya aroma bawang putih.

Selain sesuai dimakan bersama nasi, Garlic Chili Oil ini juga boleh dijadikan penambah rasa untuk pelbagai menu seperti mi, pasta, dumpling dan makanan bergoreng.

Ramai pelanggan memberikan maklum balas positif terhadap rasa dan kualiti produk tersebut sehingga permintaannya terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sediakan Perkhidmatan Retort

Bukan itu sahaja, Shakilla Khoriri turut menyediakan perkhidmatan retort untuk produk makanan menggunakan peralatan lengkap dan pemprosesan secara profesional.

Persekitaran yang bersih serta proses penyediaan makanan yang teratur memberikan keyakinan kepada pelanggan terhadap tahap kualiti produk yang dihasilkan.

Perkhidmatan retort ini juga membuka peluang kepada usahawan makanan lain yang mahu menghasilkan produk tahan lama dengan standard pemprosesan yang lebih baik.

Semangat Bisnes Shakilla Khoriri Wajar Dipuji

Usaha yang dilakukan oleh Shakilla Khoriri dalam dunia perniagaan makanan ini sememangnya wajar dipuji. Walaupun aktif sebagai pelakon, beliau tetap memberi komitmen penuh terhadap bisnes yang diusahakan.

Tahniah buat Shakilla Khoriri atas langkah berani menceburi bidang makanan dan memperkenalkan produk berkualiti kepada pengguna.

Semoga bisnes Garlic Chili Oil serta produk ready to eat keluaran Shakilla terus berkembang maju dan mendapat sambutan lebih besar pada masa akan datang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Published by
Suhaidah Abd Wahab