Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Lazat. Berbaloi DiCuba.

Share

Tengah PKPB ni macam-macam pulak tekak ni mengidam nak makan. Apa pun pilihan terbaik adalah makan bersama famili di rumah. Aroma Nasi Karot @ Lobak Merah dan Ayam Bakar ni kalau dimasak memang semerbak aromanya.


.

Kalau bau dah sedap, apalagi rasanya. Meh,kita cuba resipi yang dikongsikan Zaini Talib ini

AYAM BAKAR



.

BAHAN-BAHAN :

  • Seekor ayam saiz kecil ( kalau tak nak potong, kalau saiz besar potong 4 bagi cepat masak)
  • 1 biji bawang besar | sederhana besar – beli online DI SINI
  • 6 ulas bawang putih | beli online DI SINI
  • Seinci halia – beli online DI SINI
  • 1 batang serai – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar serbuk kari daging – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar cili blend kalau suka pedas – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar sos tiram – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil lada hitam – beli online DI SINI
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar madu – beli online DI SINI
  • Sedikit mentega – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan di atas. Lumur pada ayam
2. Kemudian masukkan 2 sudu besar madu gaul rata pada ayam. Perap 24 jam kalau nak lebih sedap.


3. Masa nak masak keluarkan ayam dari peti sejuk kemudian lumur dengan sedikit mentega.
4. Panaskan oven suhu 220 darjah C.
5. Bila oven dah ready baru masukkan ayam. Bakar ayam 15 minit dengan suhu 220 C.Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah dan teruskan masak ayam sehingga empuk

NASI CARROT @ LOBAK MERAH



.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras basmati| rendam setengah jam
  • 1 biji carrot | disagat memanjang. Ketepikan – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar minyak sapi| untuk menumis
  • 3 biji bawang merah | dimayang – beli online DI SINI
  • 3 ulas bawang putih | dimayang – beli online DI SINI
  • Seinci halia | dipotong mancis – beli online DI SINI
  • 1 hekai daun pandan
  • 1/4 yogurt | kalau tiada tak apa (boleh guna susu diperah 1/2 biji lemon atau limau nipis)
  • Rempah empat sekawan (1 kulit kayu manis, 3 buah pelaga, 2 bunga lawang, 6 cengkih ).
  • Sedikit daun ketumbar.

CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang , rempah empat sekawan dan daun pandan.
2. Dah naik bau masukkan beras, goreng sekejap sampai naik bau .
3. Selepas itu bolehlah masukkan dalam periuk nasi.
4. Masukkan yogurt,garam dan air secukupnya dan perasakan.


5. Selepas itu tabur carrot dan daun ketumbar kat atas.


.

6. Tekan butang cook. Selamat mencuba.

Kredit :Zaini Talib

 

INGIN MEMBELI RICE COOKER TERKINI, JOM BELI DI SINI 

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN INI, LEBIH BANYAK LAGI VIDEO  DI YOU TUBE@Majalahrasaofficial

DAN LAGI RESIPI-RESIPI INI :

 

IKLAN