Tak Tahu Nak Makan Apa Masa Lunch Nanti? Set Nasi Bawal Panas Yang Hot Ni Memang Wajib Cuba.

Share

Waktu tengah hari kalau buntu menjadi port makan sedap tapi murah, bolehlah ke kawasan Padang Jawa dan singgah di Nurin’s Rasa. Kat mana Padang Jawa ni? Ala..Tak jauh pun dari Seksyen 16, Shah Alam dan juga sempadan daerah Klang. Paling mudah, tekan waze. Pasti jumpa.

Kenapa perlu singgah disini? Ada banyak sebab antaranya ialah restoran ni ada sediakan pelbagai menu makan tengah hari enak dan juga murah yang semestinya anda wajib cuba. Boleh dikatakan setiap hari, kedai makan ini pasti penuh dengan pelanggan terutamanya bila menjelangnya waktu rehat makan tengah hari.

Terdapat lebih dari 20 menu yang boleh anda nikmati. Paling mendapat sambutan hangat sudah semestinya Set Bawal Panas. Ia merupakan sajian nasi putih yang dihidangkan bersama ikan bawal yang digoreng panas-panas, telur masin dan ulam-ulaman. Melengkap hidangan, disertakan bersama aneka sambal dan juga kuah kari sebagai pelengkap rasa. Bagi yang kurang gemarkan ikan bawal, menu lain yang boleh dicuba ialah set Ayam Panas, Kembung Panas dan Keli Panas. Semuanya dimasak sebaik tempahan diterima bagi memberikan keenakan serta kepuasan kepada para pelanggan.

Selain itu, ada lagi hidangan lain yang boleh anda cuba seperti Bihun Sup Tulang & Daging, Laksa Penang, Pasembor, Char Kuey Teow, Nasi Goreng Ayam Panas dan ABC pun ada! Memang terbaik! Pendek kata kalau datang, pasti balik ke pejabat dengan perut kenyang.

   

Oleh itu bagi yang nak singgah dan rasa keenakan sajian disini, Nurin’s Rasa dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu bermula jam 11.30 pagi hingga 10.30 malam. Selamat mencuba!

 

INFO KEDAI: NURIN’S RASA

ALAMAT: Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.

WAKTU OPERASI: Ahad – Jumaat :11.30 petang-10.30 malam

WAJIB CUBA: Set Bawal Panas, Bihun Sup Utara, Laksa Penang,. Nasi Goreng Ayam Panas, Pasembor & ABC.

IKLAN