Set Mudah Nasi Ganja, Ayam Goreng Berempah & Kari Ala Mamak Cukup Sedap

Share

Satu ketika dahulu nasi ganja ni cukup popular. Disebabkan masakan nasi ini tak sepopular dahulu jadi min nak menu kembali jadi hit. Asalnya dipanggil nasi ganja kerana orang yang pernah makan boleh ketagih dengan kesedapan masakannya.

NASI GANJA

BAHAN-BAHAN NASI:

  • 3 pot beras
  • 8 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • Rempah 4 sekawan
  • Rempah sup
  • Pewarna kuning telur
  • 2 senduk sos cili

CARA MEMASAK:

1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah di tumbuk dengan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.

2. Selepas itu masukkan rempah sup tunggu sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air 4 1/2 pot.


4. Beras 3 pot yang dicuci dan ditos.

5. Sepas air mendidih baru masukkan beras.

6. Masukkan cili sos dalam 2 senduk.

7. Masukkan pewarna kuning telur dalam 5-6 titik sehingga dapat warna kuning macam dalam gambar. Kemudian alihkan ke rice cooker dan masak seperti biasa.

8. Siap dan sedia dihidangkan.

AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1inci halia (dikisar)
  • 4 biji bawang putih (dikisar)
  • 8 biji bawang merah (dikisar)
  • 8 sudu kari ayam
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • Daun kari

CARA MEMASAK:

1. Cuci ayam bersih dan ditoskan.

2. Satukan bahan yang dikisar dengan bahan perap yang lain. Salut hingga sebati.

3. Perap sekurang-kurangnya 30minit. Lebih lama lagi sekejap.

4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Kawal api anda, mula dengan api yang besar jika sudah nampak permukaan sudah hendak garing boleh sederhanakan api. Kemudian perlahankan api supaya ayam masak sempurna dan rempah tidak hangus.

5. Ayam yang siap digoreng garing.

KARI ALA MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul kiub ayam
  • Asam jawa
  • 6 biji bawang merah (tumbuk halus)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 1 inci halia (tumbuk halus)
  • 2 peket kecil kari ayam
  • 1 paket kari ikan
  • 1 sudu serbuk cili

CARA MEMASAK:

1. Bancuh serbuk cili, kari ikan & ayam dengan sedikit air.

2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk

3. Masukkan rempah, tunggu sehingga rempah masak dan pecah minyak baru masukkan air asam jawa.

4. Masukkan air lebih kurang 3 mangkuk.

5. Tunggu sehingga kuah betul-betul pekat. Kari mamak yang sedap ialah kari yang pekat. Perlu mendidih berkali-kali dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

INFO: Rebus telur masin dan sayur bendi melengkapkan hidangan. Boleh juga tambah dengan lauk lain contoh acar timun.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Dila Noordin

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI : 

JOM SALIN RESIPI INI :

 

 

 

 

IKLAN