Sesekali Layan Jagung Susu Cheese Ni Sedap Juga. Lemak-Lemak, Masin & Manis. Memang Best!

Share

Nak cuba makan jagung rebus versi lain dari biasa? Cuba resipi Jagung Susu Cheese perkongsian saudara Muhammad Azhari ni. Pasti anda sukakannya.

BAHAN-BAHAN:

  • Jagung – dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1 cawan air rebusan jagung
  • 1 tin susu cair
  • 3-4 sudu makan susu pekat manis
  • Mentega sesedap rasa
  • Gula dan garam secukupnya
  • Keju cheddar secukupnya – jika suka

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan jagung dan masukkan air ke dalam periuk. Rebus selama 10 minit.

2. Angkat jagung dan ketepikan seketika.

3. Untuk membuat kuah, ambil secawan air rebusan jagung tadi. Selebihnya boleh dibuang.

4. Kemudian nyalakan api. Masukkan susu cair.

5. Masukkan juga susu pekat manis. Jika mahukan rasa yang lebih manis, lebihkan jumlahnya.

6. Seterusnya tambahkan mentega sesedap rasa.

7. Tambahkan gula dan sedikit garam. Kacau rata.

8. Setelah direneh selama 10 minit, masukkan semula jagung yang telah direbus tadi. Biarkan seketika.

9. Setelah rasa dah puas hati, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

10. Tabur parutan keju sewaktu nak dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Muhammad Azhari

IKLAN