Makan

Seri Muka Jagung, Kombinasi Pulut & Jagung Lemak Berkrim Tak Terkata Sedapnya

Share

Seri muka jagung, bawah pulut, atas puding jagung. Bila bersatu di dalam mulut lemak pulut bersama jagung manis lemak berkrim memang cukup enak sekali. Tak terkata sedapnya.

Kalau teringin nak rasa, boleh ikut resipi dikongsi oleh Nor Al Fatihah Tihah .

Resipi seri muka jagung

Bahan untuk lapisan bawah (pulut)

2 cawan beras pulut (basuh & rendam 2 jam)
2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar minyak masak
2 sudu teh garam halus

Bahan untuk lapisan atas (jagung)

1 tin jagung manis krim
3 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur (gred B)
2 cawan santan sederhana pekat
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara memasak seri muka jagung

1. Mula-mula buat lapisan bawah atau pulut terlebih dahulu. Gaul santan bersama garam dan minyak. Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9.5 inci yang dialas plastik. Tekan pulut supaya padat.

2. Tuangkan santan ke atas pulut dan ratakan. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana.

3. Bagi lapisan atas iaitu jagung campurkan semua jenis tepung, gula, telur, santan dan pewarna kuning. Kacau sebati hingga gula larut.

4. Tapis adunan dan masukkan jagung krim. Masak atas api sederhana hingga naik wap saja (jangan sampai mendidih).

5. Seterusnya tuang adunan jagung ke atas pulut. Kukus semula selama 30 minit. Balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas permukaan.

3. Siap. Sejukkan dalam peti ais 3-4 jam sebelum potong. Guna pisau plastik yang disapu minyak untuk hasil potongan yang cantik.

TIP EKSTRA

  • Guna jagung krim, bukan jagung biji, supaya tekstur lebih halus & berkrim.
  • Nak warna lebih menarik, tambah sedikit pewarna kuning.
  • Kuih ini lebih sedap dimakan sejuk

Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah Tihah 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose