
Meriah, penuh dengan aktiviti dan pastinya sarat dengan makanan enak! Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur berjaya menghimpunkan penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga dalam satu acara yang cukup meriah.
Selari dengan tema “Mengangkat Warisan, Menyatu Rasa”, Pesta Seri Rasa x RASA menjadi ruang buat pengunjung menikmati kepelbagaian cita rasa tempatan sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sepanjang enam hari penganjuran, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai hidangan, malah turut disajikan dengan aktiviti pentas, demonstrasi masakan, promosi menarik dan pelbagai aktiviti interaktif.
SERI-AJI® CITA REKOD BARU THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Bukan sekadar memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, Seri-Aji® turut mencipta detik membanggakan apabila berjaya mencatat rekod “Most ‘Nasi Goreng Kampung’ Giveaway in an Event“bersama The Malaysia Book of Records.
Pencapaian istimewa ini berlangsung pada 13 September 2026, menyaksikan sebanyak 2,026 pek Nasi Goreng Kampung disediakan oleh chef dari Zai Sri Gemilang Catering dan diagihkan kepada para pengunjung, menjadikan acara ini antara salah satu tarikan utama Pesta Seri Rasa x Rasa.
Lebih istimewa, kesemua nasi goreng tersebut dimasak menggunakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, yang memudahkan penyediaan hidangan nasi goreng dengan rasa yang cukup lengkap dan menyelerakan. Selari dengan tagline “Lengkap, Sedap, Mudah”, hanya dengan satu paket Seri-Aji®, hidangan kegemaran ramai ini dapat disediakan dengan lebih praktikal tanpa menjejaskan keenakan rasanya.
Pencapaian tersebut juga turut memperlihatkan bagaimana hidangan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia seperti Nasi Goreng Kampung boleh diraikan dalam skala yang lebih besar.
Selain pencapaian istimewa tersebut, kehadiran Ajinomoto di Pesta Seri Rasa x RASA turut mendapat perhatian pengunjung dengan pelbagai aktiviti sepanjang enam hari festival berlangsung.
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai menu yang disediakan menggunakan produk Ajinomoto, antaranya Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Tom Yam Oden, TUMIX® Omelette, AJI-SHIO® Grilled Chicken serta minuman Limeade yang menyegarkan.
Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri bagaimana produk-produk tersebut boleh digunakan untuk menyediakan hidangan mudah dan menarik untuk dinikmati seisi keluarga.
Booth Ajinomoto turut menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang Pesta Seri Rasa x RASA berlangsung.
Antaranya ialah Merdeka Bundle Set yang hadir bersama Merdeka Blind Box percuma, Seri-Aji® Value Pack pada harga hanya RM12 serta promosi “AJINOMOTO” Lime Seasoning Powder 400g Beli 1 Percuma 1 pada harga RM12.
Pengunjung yang membuat pembelian turut menerima baucar eCommerce bernilai RM5 secara percuma, menjadikan kunjungan ke booth Ajinomoto lebih berbaloi.
Gabungan demo masakan, sesi merasa makanan, jualan promosi dan aktiviti interaktif menjadikan booth Ajinomoto antara lokasi yang menerima kunjungan ramai sepanjang festival.
Secara keseluruhannya, Pesta Seri Rasa x RASA 2026 meninggalkan pelbagai momen manis buat pengunjung yang hadir. Daripada hidangan enak, aktiviti menarik hinggalah kejayaan Seri-Aji® mencipta rekod baharu bersama The Malaysia Book of Records, semuanya menjadikan penganjuran kali ini lebih istimewa dan cukup bermakna.
Lebih daripada sekadar sebuah pesta makanan, acara ini turut menjadi ruang untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul, berkongsi rasa serta mencipta kenangan bersama.
Semoga kemeriahan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti, sajian menarik dan kejutan istimewa untuk semua. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA 2026. Semoga berjumpa lagi dalam acara yang akan datang!
Layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my dan ikuti platform media sosial Ajinomoto untuk mengetahui lebih banyak resipi, promosi terbaru dan aktiviti-aktiviti terkini yang dijalankan.