Pernah dengar spaghetti masak sizzling? Rupanya sedap juga masak spaghetti dengan cara lain.
Resipi sizzling spaghetti buttermilk with popcorn chicken yang dikongsi Nurha Muhammad ini, mudah je nak disediakan. Rasanya pun sangat sedap.
1 pekat spagetti Balducci
9 ulas bawang putih | cincang halus
3 tangkai daun kari
4 biji cili padi merah | hiris halus
100g mentega
1 tin susu cair
1 cawan susu full cream
1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12 minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.
3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.
4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.
2 keping dada ayam | hiris dadu
2 sudu besar tepung goreng ayam pedas
3 sudu besar tepung goreng ayam asli
1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.
2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sebati.
1. Panaskan kuali hot plate.
2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.
3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.
Kredit resipi: Nurha Muhammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official