Senang, Sedap & Berbaloi! Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

Share

Apabila jam menunjukkan ke angka 4 petang, ramai ibu-ibu di Malaysia sudah ‘turun padang’ ke dapur untuk merancang hidangan makan malam, sama ada untuk suami yang pulang dari kerja, anak-anak yang baru balik sekolah atau sekadar mengisi perut keluarga dengan hidangan panas yang membangkit selera. Jadi, bila jarum jam mencecah angka 4, tanyalah diri sendiri, “Dah masak belum?” Kalau belum, jawapannya mudah saja kerana Kimball Jadikannya!

Kimball mahu jadikan jam 4 petang sebagai sesuatu yang ikonik iaitu waktu memasak bagi keluarga di Malaysia. sama ada anda mahukan lauk yang ringkas untuk makan malam, kudapan yang kreatif untuk anak-anak atau sajian pasta moden untuk hujung minggu, Kimball sentiasa ada untuk menjadikannya lebih mudah, sedap dan berbaloi.

Kimball, Solusi Dapur Keluarga Malaysia

Menjadi satu jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, Kimball bukan saja sekadar hadir dengan sos atau bahan masakan, malah kini menjadi solusi yang praktikal kepada para ibu yang mahu masak dengan cepat dan enak.

Dengan tagline ‘Kimball Jadikannya’, jenama ini memberi tiga nilai utama yang penting bagi keluarga moden iaitu:

  1. Senang – mudah digunakan, ringkas dan menjimatkan masa
  2. Sedap – rasa Malaysia yang digemari seisi keluarga
  3. Berbaloi – harga mampu milik dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis hidangan

Tidak kira sama ada anda seorang ibu yang bekerja, pasangan baru berkahwin atau individu yang baru belajar masak, Kimball mampu menjadikan setiap hidangan terasa istimewa.

Dapur Ceria Bersama Kimball

Tak tahu nak masak apa malam ni? Kimball bersama-sama Chef Asma dan Cik Piah dari Suria FM telah bergandingan dalam satu program memasak secara live di TikTok – Dapur Ceria yang pastinya memberi ilham kepada para ibu dengan 4 resipi yang sedap dan mudah untuk makan malam.

Ini antara 4 resipi yang Chef Asma tunjuk semasa live sesi pertama pada 8 September 2025. Anda boleh cuba sendiri resipi mudah ini di rumah!

Udang Masak 3 Rasa

Bahan-bahan:

  • 500 gram (20 ekor) udang sederhana – diperap dengan sedikit garam halus & serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar merah – dipotong bulat
  • 1 biji tomato – dipotong kiub besar
  • 3 urat kacang panjang – dipotong serong
  • 5 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 biji cili merah – dipotong serong
  • 5 sudu besar Kimball Sos Cili
  • 3 sudu besar Kimball Sos Tiram
  • 2 sudu besar Kimball Sos Tomato
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Gula pasir secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Perap udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang dan masak sehingga bertukar kemerahan serta empuk.
  3. Masukkan Kimball Sos Cili, Kimball Sos Tiram dan Kimball Sos Tomato. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato serta sedikit gula mengikut citarasa.
  5. Gaul rata seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

 Tip: Hidangan ini lebih enak jika dimasak sehingga kuahnya sedikit pekat dan berkilat.

Mac & Chick Kaw Special

Bahan-bahan:

  • 200 gram Kimball Macaroni
  • 200 gram ayam kisar
  • 1 tin Kimball Sos Tomato Cendawan
  • 3 sudu besar Kimball Sos Cili
  • 50 gram bawang besar holland – potong kiub
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam halus secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

Bahan Topping:

  • 250ml (1 cawan) susu cair
  • 2 biji telur

Cara Memasak:

  1. Rebus Kimball Macaroni selama 8 minit. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kisar, masak hingga kering dan empuk.
  4. Tambahkan Kimball Sos Tomato Cendawan dan Kimball Sos Cili. Gaul rata.
  5. Masukkan Kimball macaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
  6. Dalam mangkuk berasingan, pukul ringan susu cair bersama telur. Tuangkan ke atas campuran macaroni.
  7. Masukkan ke dalam bekas tahan panas.
  8. Bakar pada suhu 180°C selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Menariknya, setiap resipi menunjukkan betapa versatilnya sos Kimball dalam pelbagai gaya masakan, dari lauk tradisi sehingga ke hidangan moden.

Jangan Lepaskan Episod Kedua

Istimewa untuk anda yang mencari inspirasi masakan mudah setiap hari, episod kedua Dapur Ceria akan bersiaran secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 nanti. Jangan lepaskan peluang! Harap lepas tonton live ni, anda akan dapat idea untuk pilih menu apa yang nak dimasak untuk makan malam.

Di samping perkongsian resipi menarik, para penonton juga turut diberi tip masakan praktikal daripada Chef Asma dan celoteh mencuit hati bersama Cik Piah. Dapur Ceria bukan sekadar sesi masak-masak tetapi ia ibarat hiburan yang membuat anda terasa seolah-olah berada di dapur sendiri bersama mereka berdua.

Kimball Turun Padang – Dapur Ceria In-store Roadshow

Tidak hanya di alam maya, Kimball juga akan mendekat para peminatnya secara fizikal melalui Dapur Ceria In-store Roadshow.

Menerusi roadshow ini, anda boleh mendapatkan promosi eksklusif bagi produk Kimball, serta menyertai pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk jadual lengkap jelajah di lokasi berhampiran, anda hanya perlu ikuti akaun rasmi media sosial Kimball.

Kimball Jadikannya – Senang, Sedap, Berbaloi!

Jangan lupa tonton episod kedua Dapur Ceria dengan Chef Asma dan Cik Piah secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 ini dan sertai Dapur Ceria In-store Roadshow di lokasi yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari Facebook Kimball.

 

Published by
Naqiyatul Uzma