Nak masak Daging Merah Thai ni rupanya mudah je kalau tahu cara-caranya. Menu ni sememangnya popular di kalangan orang Malaysia. Kalau ke kedai makan, hidangan ni lah antara yang akan dipesan. Bagi anda yang terasa nak makan Daging Merah Thai yang enak, saudari Farahziana Jarahim ada kongsikan cara-caranya. Istimewa resipi ni, beliau tidak menggunakan Sos Labu yang biasa digunakan dalam masakan Thai. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI DAGING MERAH THAI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN ( sukatan boleh ubah suai ikut jumlah daging yang diguna):
1. Rebus daging bersama air yang diletak sedikit pewarna merah.
Ads
2. Bila daging sudah agak masak, tos dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Ketuk bawang putih dan hiris bawang serta cili merah. Ketepikan.
4. Hiris daging seperti ini. Pastikan hirisannya nipis sahaja supaya rasa lebih sedap.
5. Panaskan minyak masak dan goreng daging seketika hingga daging nampak sedikit garing.
6. Angkat daging dan ketepikan seketika.
7. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang telah diketuk tadi. Kemudian masukkan cili kisar.
8. Bila tumisan nampak garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Jika ada sos labu, masa ni boleh masukkan sekali (beli sos labu secara online disini).
Ads
9. Masukkan juga air rebusan daging tadi. Kacau rata.
10. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
11. Akhir sekali masukkan daging, hirisan bawang dan cili. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Ikan siakap, macam-macam boleh masak, goreng bercili, stim atau bakar ia memang sedap dan ramai menggemari ikan ini. Malah di kebanyakan restoran ternama banyak yang menyajikan ikan ini dalam pelbagai menu yang sedap. Tapi makan di restoran agak mahal dan tak puas makan, jadi apa kata korang buat sendiri di rumah dengan mencuba beberapa idea menu yang RASA kongsikan ini.
IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
15 biji cili padi hijau | cincang halus
2 biji limau nipis | perah
2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS NYONYA VALLEY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Siakap
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
2 sudu makan minyak masak
Bahan Sos:
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
CARA MEMASA
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
Masukkan dalam pinggang, taburkan dengan hirisan bawang putih dan halia.
Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
Sementara itu, panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak masak.
Tuang minyak panas ke atas ikan kukus tadi.
Kemudian tutup pengukus semula.
Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang, ketumbar dan cili.
Ikan sedia dihidangkan.
IKAN ASAM SOS NYONYA VALLEY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Siakap
20 tangkai cili kering | rebus untuk lembutkannya
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
2.5cm belacan
1 ketul kiub pati ikan bilis
Air asam jawa secukupnya
5 batang kacang bendi
2 biji tomato | belah empat
Daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, kunyit hidup, lengkuas dan belacan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daun kesum. Bunga kantan dan kiub pati ikan bilis, diikuti sediki air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan, kemudian biarkan mendidih baru masukkan kacang bendi dan tomato.
Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersihkan
100gm cendawan tiram | carik kasar
100gm lada benggala | potong
40gm bawang besar | belah enam
5 ulas bawang putih | belah dua
2 inci halia | hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi | hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut.
Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pada saiz ikan.
Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
IKAN SOS SOYA SUPERIOR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Siakap
4cm halia muda | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai daun bawang | potong 3cm
Sedikit daun ketumbar | kisar
Sedikit cili padi | hiris
2 sudu makan minyak masak
4 sudu makan kicap cair
5 sudu makan stok ayam
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan, kemudian kelar dan lumurkan lada sulah berserta garam di bahagian luar dan dalam ikan.
Letakkan halia dan bawang putih yang dikisar.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama lapan
Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian tuangkan minyak panas ke atas ikan tadi diikuti cili hiris, kicap caiar, stok ayam, minyak bikan dan lada sulah.
Tutup semula pengukus dan kukus semula.
Setelah ikan masak tuangkan masukkan hirisan daun bawang.
Mood berhari raya masih belum habis. HUjung minggu masih dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.