Nak cuba buat roti homemade tapi versi mudah? Boleh cuba resipi Roti Kukusperkongsian saudari Umie Nurhayatini. Resipi yang sangat sesuai dicuba oleh anda yang tiada ketuhar atau bread maker. Hanya perlu kukus sahaja, sangat mudah. Jom cuba buat! Pasti puas hati bila tengok hasilnya.
RESIPI ROTI KUKUS MUDAH BOLEH BUAT SECARA HOMEMADE
1. Untuk membuat Roti Kukus ini mulakan dengan bahan A. Masukkan tepung dan gula ke dalam bekas.
2. Seterusnya masukkan juga susu segar.
3. Gaul sehingga sebati dan elastik.Rehatkan doh selama 40 minit.
4. Tapi jika tak nak rehatkan doh, boleh terus masukkan yis. Jika rehatkan doh, bila cukup masa, masukkan yis dan uli lagi hingga sebati. Yis tidak perlu dibancuh dengan air. Jika nak bancuh pun boleh. Masukkan dalam campuran susu dan gula, biarkan hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam tepung.
Ads
5. Uli sampai betul-betul sebati. Guna secara manual memang agak penat sedikit.
6. Lepas tu masukkan bahan terakhir iaitu minyak masak dan uli sampai adunan betul-betul elastik.
7. Sediakan bekas yang bersesuaian untuk meletak doh roti. Jangan lupa lumur sekeliling bekas dengan minyak masak dan letakkan kertas minyak supaya mudah roti untuk dikeluarkan nanti.
8. Bentukkan doh jadi bujur begitu.
9. Masukkan ke dalam bekas macam ni dan rehatkan sehingga adunan naik 2 kali ganda.
10. Rupa doh bila doh sudah naik 2 kali ganda.
11. Kukus guna pengukus selama 20 minit.
12. Bila siap dikukus, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
13. Roti ini enak dimakan bersama Sari Kaya.
Ads
NOTE: Kalau pakai pengukus biasa, kukus guna api besar dan jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain. Bila jangan terus buka penutup pengukus, biarkan 5 minit baru buka.
Wow…mudah rupanya buat Mi Telur ni. Hanya guna tiga bahan yang memang ada di dapur. Memang jimat dan sangat simple. Boleh dinikmati dengan sup atau digoreng. Lepas ni tak perlu lagi mi telur kering di kedai. Buat sendiri secara ‘fresh’ di rumah menggunakan resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Sangat berbaloi dan terbaik untuk sajian keluarga.
RESIPI MI TELUR HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
BAHAN DOH:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan doh dan uli hingga sebati. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air.
2. Doh yang pertama akan jadi begini. Tutup atau alas doh guna kain dan biarkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Kemudian uli doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 15 minit.
4. Bila cukup masanya, keluarkan doh dan uli sekali lagi. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.
6. Potong doh yang dicanai tadi secara memanjang.
7. Didihkan air dan rebus mi selama 10 minit atau lebih.
8. Angkat mi dan lalukan di bawah air. Kemudian toskan.
9. Hidangkan bersama kuah sup ayam, hirisan daun bawang dan minyak cili.
Nak beli BAHAN SEGARuntuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara onlineDISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Lapek sagan atau lopek sogan ialah sejenis kuih/manisan masyarakat Minangkabau.Resipi ini dikongsikan oleh kenalan Chef Sue yang berasal dari Riau. Dia yang pertama kali memperkenalkan kuih ni kepadanya lebih 20 tahun lalu.
Kuih ni lebih kurang macam lepat pisang cuma tiada tepung gandum yang digunakan sebaliknya diganti dengan beras pulut. Membuatnya sangat senang. Menurut kenalannya, perkataan lapek atau lopek tu bermaksud lepat manakala Sagan atau Sogan bererti malas.
LAPEK SAGAN
Bahan-bahan:
250gm beras pulut – rendam sejam atau lebih kemudian toskan 10 biji pisang – lumatkan 1 biji kelapa parut – putihnya sahaja 1 cawan gula perang (boleh kurangkan) Secubit garam halus Daun pisang secukupnya (saya guna daun nyirik)
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pisang dalam mangkuk lalu gaul sebati.
2. Letak dua sudu makan campuran tadi ke atas daun pisang/nyirik lalu bungkus rapi seperti membungkus lepat.
3. Kukus selama 30 minit.
Note: *Beras pulut susu pilihan terbaik sebab teksturnya lebih lembut dari beras pulut biasa. Boleh juga campurkan beras pulut hitam jika suka tetapi jika guna pulut hitam, kukus separuh masak dahulu pulut hitam tu baru gaul dengan bahan-bahan lain. *Pisang – biasanya guna pisang awak/abu/nangka/lemak manis. Nak guna pisang berangan, pisang tanduk pun boleh juga. *Kelapa – sebaik-baiknya pilih kelapa yang agak muda dan ambil bahagian putihnya sahaja. Kredit: Sue M Arukin
Resipi air tangan orang tua dulu-dulu, memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.