Semperit Susu Mudah Buat, Hanya Guna 5 Bahan

Share

Siapa yang suka biskut wajib cuba buat semperit susu ini. Paling mudah dan gerenti  tak penyek bunganya bila buat biskut ini. Hanya guna lima bahan dah siap biskut semperit susu.Buat banyak boleh simpan buat stok untuk kudapan.

SEMPERIT SUSU

Bahan-bahan:

1 butter 250g guna pure butter (ni petua,jangan sampai butter lembut sangat kena sederhana, kalau lembut sangat nanti memang bunga semperit senang penyek)


1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna kuning (pilihan)

Cara membuat:
1.Kacau guna senduk untuk sebatikan bahan.

2.Tambah empat cawan tepung jagung sikit-sikit sambil uli.

3.Siap doh yang lembut di tangan.

4.Ambil sikit dan tekan atas tray.

5.Tak payah tinggi-tinggi nanti lambat masak.

 

6.Letak coklat chip
7.Bakar suhu 170-180. Masak pada suhu  20-25 minit.Api atas bawah.

8.Siap masak bunga kelopak masih elok.

Kredit: Azlina Ina Fans

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN